Ramadhan Buffet 2018 | “Buffet Citra Ala Bazar” Pulai Spring Resort

Ramadhan Buffet

DSC8881_thumb.jpg

DSC8882_thumb.jpg


Alhamdulillah semalam Ummi berpeluang menghadiri preview buffet Ramadhan, “BUFFET CITRA ALA BAZAR” di Gleneagles Terrace Restaurant, Pulai Spring Resort. Bagi orang Johor resort ni memang tak asing lagi. Bagi yang tak pernah sampai lagi korang boleh rujuk alamat di bawah:

PULAI SPRING RESORT

Address:

20km, Jalan Pontian Lama
81110 Pulai, Johor Malaysia
Tel : +607 521 2121
Fax : +607521 1818
Email: enquiry@pulaisprings.com

DSC8886_thumb.jpg

_DSC8978


Mana nak jumpa Gleneagles Terrace Restaurant ni? Korang kena masuk ke dalam bangunan Pulai Pavillion dulu ya. Restoran ini terletak di ground floor bangunan Pulai Pavillion ni. Parking adalah percuma.

DSC8905_thumb.jpg

Buffet Ramadhan kali ini berkonsepkan ala bazar yang menyediakan hidangan masakan tempatan dan juga antarabangsa bermula 19 Mei hingga 13 Jun 2018. Terdapat lebih kurang 15 buah bazar dengan 100 hidangan yang disediakan untuk para pengunjung yang terletak di dalam dan juga di luar restoran. Abaikan model mok-mok di situ.

_DSC8888

_DSC9022

Hidangan ala bazar ini akan disediakan sepanjang Ramadhan yang mana ianya diketuai oleh Senior Chef Rusle Ahmad. Antara “menu-menu hot” yang bakal disajikan adalah seperti hidangan nasi arab, aneka lauk-pauk, aneka kuih muih moden dan tradisional, aneka salad, minuman sejuk dan panas dan macam-macam. Korang bayang je dulu ya sebelum Ummi tayang satu persatu.

_DSC8891

_DSC8893

Kawasan dalam restoran yang luas dan selesa. Bagi yang sukakan suasana yang lebih santai boleh juga makan di bahagian luar restoran. Ok jom kita jengah menu-menu yang ada. Kalau korang terkecur nanti cepat-cepat buat reservation boleh berbuka kat sini hehe.

TERATAK GLENEAGLES

_DSC8950

_DSC8951

_DSC8987

Menu paling menarik minat pencinta kambing macam Ummi ni tak lain dan tak bukan Lamb Kuzi yang dimakan bersama nasi arab. Perghhh sedap uolls. Baik nasi mahupun kambingnya memang sedap cukup rasa rempah ratusnya. Bila dah gaul dengan papadom tu semua hmmmm Ummi makan sambil pejam mata.

TERATAK MAHARANI

_DSC8898

Nampak tu barisan lauk-pauk yang sedap d Teratak Maharani.

_DSC8952

Ayam Masak Opor

_DSC8953

Kambing Gulai Kawah

_DSC8955

Butter Prawn with Curry Leaf

_DSC8958

Telur Kukus dengan Telur Asin

_DSC8959

Sayur Goreng Jawa Dengan Ikan Bilis

_DSC8966

Kailan Ikan Masin

_DSC8962

Lemak Labu Masak Bugis

Semua lauk pauk ni boleh dimakan dengan nasi putih yang disediakan. Kambing Gulai Kawah tu pun sedap tau lagi satu Tulang Rusuk Masak Merah. Lagi satu yang best lemak labu masak bugis hehe. Anak orang Bugis la katakan ekeke.

JOM ASAM PEDAS JOHOR & GULAI LEMAK

_DSC8900

_DSC9002

Stall ni khas untuk peminat asam pedas Johor dan Gulai Lemak. Korang boleh pilih ikan kegemaran korang ada ikan pari dan ikan siakap. Sila pilih masakan yang korang nak.

_DSC9003

Taraaaaa.. asam pedas ikan pari in the making. Korang kena tunggu sekejap sementara ikan dimasak. Bolehlah cuci mata ke stall lain.

_DSC9004

Jeling sebelah ada Sup Merah Gearbox. Korang rasa Ummi nak tengok je ke? Ohhh no. This is my favourite food too. Haruslah Ummi cuba seketul hehehe. Sedappppp uolls. Kuahnya memang ummppphhh.. manis-manis gitu. Menepati citarasa ecehhh.

TERATAK KAYANGAN

_DSC8983

_DSC9005

Teratak Kanyangan menyediakan menu Murtabak. Ummi sempat merasa murtabaknya cicah dengan kuah kari. Not bad. Korang boleh tengok live chef masak murtabak tu tau.

TERATAK PUTERI SUITE

Teratak Puteri Suite menyajikan hidangan Kacang Pool Pulai. Sempat juga jamah tapi gambar Ummi lupa snap. Oh my bad!

TERATAK PUTTING GREEN

_DSC8996

_DSC9007

Ok untuk pencinta Laksa Johor, korang boleh la cuba Laksa Johor kat sini ya. Sila cari Teratak Putting Green.

TERATAK INDRAPUTRA

_DSC8999

_DSC9000

Pemiant sate jangan risau, kat sini pun ada sate. Dua pilihan sate daging dan juga sate ayam. Makan sampai kenyang.

TERATAK SELERA CINTA AYU

_DSC8895

Rasa jatuh cinta baca nama teratak ni hahaha. Ye lah jatuh cinta dengan hidangan yang ada. Kerabunya semua sedap-sedap belaka. Antara menu yang ada, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Som Tam ala Thai, Kerabu taugeh dengan Kerang, Kerabu Ulam Raja, Kerabu Pucuk Ubi, Acar Pulang Hari, Acar Mentah dan Rojak Mamak. Jom kita tengok satu persatu.

_DSC8969

_DSC8970_DSC8971

_DSC8972

Terliur weh bila membayangkan kerabu ni depan mata hahaha.

_DSC8897

_DSC8921

Tekak melayu jangan risau ya, sambal belacan, budu segala macam pun ada.
_DSC8922

_DSC8923

TERATAK ANUGERAHA

_DSC8892

_DSC8919

Untuk korang yang suka masakan panas-panas yang digoreng, jangan lupa singgah Terata Anugeraha. Ada dua menu istimewa di sini iaitu Mee Goreng Ala Mamak dan Penang Char Kway Teow.

DSC9006_thumb.jpg
Both sedap! Menyesal Ummi ambil sikit ekeke.

_DSC8925

Korang syok makan je, jangan lupa minum air pula kang tercekik jangan salahkan Ummi hehehe. Ada pilihan air panas dan sejuk.

ANEKA KUIH-MUIH

_DSC8910

Bila pergi kawasan ni Ummi jamin korang akan rambang mata. Beraneka kuih-muih yang disajikan dari yang tradisional mahupun moden. Korang sediakan ruangan perut je, sebabnya kuih-muih kat sini sedap. Gerenti korang ulang berkali-kali hehehe.

_DSC8929

_DSC8930

_DSC8931

_DSC8933

_DSC8917

_DSC8918

_DSC8928

_DSC8935

_DSC8936

_DSC8937

_DSC8973

_DSC8976

Tengok gambar pun dah rasa kecurkan? Kalau rasa lagi la sedap hehehe.

TERATAK MAHSURI

_DSC8894
Last but not least, jangan lupa singgah ke Teratak Mahsuri. Apa yang ada kat sini?

_DSC8984

Ada Coconut Shake yang sedap. Huwaaaaa sedap sangat. Ummi memang suka Coconut Shake. Jadi rasa heaven sangat bila dapat minum hehehe.

_DSC8986

Ada juga cendol dan ABC.

_DSC8883

_DSC8885

Korang jangan risau, surau disediakan ya. Suraunya besar dan selesa untuk para pengunjung. Surau wanita erletak di tingkat atas manakala surau lelaki terletak di ground floor sebaris dengan restoran. Makan-makan juga ya awak, solat jangan lupa.

Ok, untuk korang yang berminat nak berbuka puasa bersama keluarga atau kawan sepejabat bolehlah mencuba menu-menu sajian “Buffet Citra Ala Bazar” di Pulai Spring Resort. Boleh rujuk harga di bawah ya. Selamat puasa! 😉

Harga Biasa Buffet Ramadhan Pulai Spring Resort

RM108 (dewasa) RM54 (kanak-kanak) – pembelian 9 orang dewasa, PERCUMA 1 seorang

Minggu Pertama Ramadhan (19 – 25 Mei 2018)
RM85 (dewasa) RM43 (kanak-kanak)
** Jimat RM23 seorang

Pra pembelian voucher (1 April – 10 Mei 2018)
RM90 (dewasa) RM45 (kanak-kanak)
** Jimat RM18 seorang

– Surau disediakan
– Parking PERCUMA

* Sila ambil perhatian bahawa semua menu adalah tertakluk kepada perubahan. Menu akan bertukar setiap hari
* Semua harga termasuk GST

Untuk tempahan, sila hubungi +607 521 2121 atau WhatsApp di +6017 745 5776 (Cik Nadia dari Jabatan F & B)
atau
e-mel: enquiry@pulaisprings.com

Related Posts

12 thoughts on “Ramadhan Buffet 2018 | “Buffet Citra Ala Bazar” Pulai Spring Resort

  1. Bilalah nak habis makan ni, asal masuk semua geng, semua makan, terus jadi lapar ha ha ha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!