Dinner with Mama Jijie’s Family at Kapten Steamboat & Grill

BFF Ummi Ilham Family's Activity

P_20180329_220359

Gathering kami anak beranak bersama Family Mama Jijie dan Uncle Epy. Kejadiannya bulan lepas hehe. Kiranya ni untuk ganti balik projek nak celebrate birthday Babah dan Mama Jie sama-sama masa bulan 2 yang tak menjadi hehehe. Puas juga memikirkan mana lokasi paling cepat nak sampai dan mesra tekak kanak-kanak ni. Akhirnya Ummi pilih Kapten Steamboat & Grill je. Sedap untuk semua gitu haha. Padahal Ummi punya tekak didahulukan.

P_20180329_220419_vHDR_Auto

Menyirap jek ayah-ayah syok berbual kena kacau sebab mak-mak nak snap gambar hahaha.

P_20180329_220453_vHDR_Auto

Dulu anak dara tu kemain susah nak ajak berbual. Sekarang kemain peramah. Siap dia pula asyik nak berbual dengan Ummi hehehe.

P_20180329_220517_vHDR_Auto

Jenuh nak suruh The Ilhams join bergambar ni tau. Sudahnya Babah je wakil dalam gambar.

P_20180329_220610_vHDR_Auto

P_20180329_220711_vHDR_Auto

Syamil malu-malu dengan Kak Nana. Lelaki Melayu terakhir la katakan hahaha.

P_20180329_222706_vHDR_Auto

Mak ayah sambung potpet anak-anak lari berkejaran main sembunyi ibu. Nasiblah section ni tak ramai orang. Kalau ramai mahu tebal muka Ummi.

P_20180329_224329_vHDR_Auto

Ok ni harga terkini buffet di Kapten Steamboat & Grill. Makanan sedap macam biasa. Masih maintain kesedapannya. Lagi-lagi tang marinated lamb hehe. Lagi satu faktor Ummi suka ke sini, sebab ada kimchi hehehe. Tekak Ummi rasa kimchi dorang sedap. Haisyhhh malas nak ulas panjang-panjang lapar perut weh. Korang yang belum mencuba, cubalah. Boleh plan berbuka puasa kat sini nanti hehe.

Misi dinner dengan Mama Jijie berjaya yeay! Next plan nak bersteamboat dan BBQ kat rumah kami insha Allah. Semoga hubungan besan ni berkekalan hingga menimang cucu ekekeke.

Related Posts

8 thoughts on “Dinner with Mama Jijie’s Family at Kapten Steamboat & Grill

  1. Waaa lama tak makan kat sini, kalau makan kat sini, Sis anak beranak berejam-rejam he he he..

    Uitt sudah tukar langsir ke ..cepat loading masuk dr sebelumnya he he

    1. bestkan sini sis.. eh lapo memalam..

      cepat eh loadingnya.. malam semalam stay up godeh2..nak tukar template malas nk adjust widget bagai..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!