Hai uolls. Entri kali ni Ummi nak kongsikan menu Ramadhan Buffet yang bertemakan FIESTA RAMADHAN di The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru. Alhamdulillah kami antara yang bertuah dapat menikmati sajian khas Ramadhan dengan pilihan menu tradisional, tempatan dan juga antarabangsa.
Jom kita terjah makanan yang Ummi maksudkan. Sila bersabar dan minta ampun kalau terkecur hehehe. Main entrance je dah tayang buah-buahan. Ohhh i like!
Stall pertama, Chef Daily Special. Hidangan yang disajikan Whole Lamb Kuzi.
Ini memang sedap uolls. Serious sedap. Ummi memang pencinta kambing. Nasinya pun sedap, bila dah maka dengan lamb kuzi lagi sedap tambah pula dengar acar. Haisyhhh terbayang-bayang.
Stall kedua, Roti Canai Mandi and Roti Jala.
Semuanya dihidangkan secara live uolls. Fresh semuanya.
Kuah kari dan dalca untuk cicahan.
Stall ketiga, Pastry Chef Special. Korang nak cuba pastry apa semua dibuat pada masa tu. Makan panas-panas gitu.
Stall keempat, Kai Xuan Restaurant Special menghidangkan Penang Fried Kue Teow dan aneka Dim Sum.
Korang berpeluang melihat chef memasak secara live tau.
Penang Fried Kue Teow.
Selection of Dim Sum. Sedap Dim Sum ni. Ummi memang suka Dim Sum. Dapat makan panas-panas. Nyummsss. Ok jom kita ronda keliling Puteri Cafe ni.
Lagi Lamb yang menawan kalbu. Kuah blackpeppernya tu memang sedap.
Kalau korng nak tahu, Ummi TERrepeat dua kali menu ni tau. Tauhu bersama Enoki Mushroom ajer gila kau tak tambah. Sah-sah Enoki Mushroom tu favourite Ummi. Dengan kuahnya likat tu memang ngamm!
Yang ni Ummi lupa namanya, ikan tak silap ni. Aduii dah banyak sangat makanan sampai lupa kata dia.
Sambal Udang. Sedap tau sambalnya.
Yang ni pula makanan omputih uolls hehehe. Peminat pizza, jangan bimbang ada Homemade Pizza kat sini ya.
Korang juga boleh prepare sendiri pasta kegemaran korang dengan dua pilihan sauce.
Section ikan bakar memang ramai peminat. Beratur tetamu menghulur ikan pilihan masing-masing. Ada 4 jenis hidangan ikan, pilih dan berikan pada chef bertugas untuk membakar. Pilihan pencicah pun tak mengecewakan, air asam tu mantap.
Sotong Kangkung. Both kuah kacang sedap!
Aneka salad. Silalah DIY buat sendiri ikut pilihan hati.
Aneka dessert yang menambat hati dan tekak. Kuih muih tradisional yang memamng menambat hati.
Ada juga pilihan papadom, keropok dan lain-lain untuk kunyahan.
Barisan dried food aka jeruk.Ada juga sebelah jeruk tu pilihan kurma.
Sebahagian pinggan Ummi ya. Lamb ni terbaik!
Bulan puasa memang sinonim dengan Bubur Lambuk, serious sedap Bubur Lambuk ni uolls. Nasib Ummi tak terlepas pandang hehehe.
Pulut mangga ni pun sedap. Dessert lain pun memang menawan tekak.
Tengok aiskrim teringin pula rasanya. Pelbagaia pilihan aiskrim bersama aksesori hiasan seperti coklat, kiwi, badam, kacang tanah, chocolate rice dan macam-macam lagi.
Thanks The Puteri Pacific Hotel! Korang yang nak mencari lokasi berbuka puasa, bolehlah masukkan dalam list ok. Makanan sedap dengan harga berpatutan.
FIESTA RAMADHAN, THE PUTERI PAN PACIFIC, JOHOR BAHRU
17 May – 14 June 2018
6.30 pm – 10.30pm
Adult – RM98
Child (6 -12 years) – RM55
Early Bird
15% off from 15 April to 5 May 2018
10% off from 6 May to 15 May 2018
Untuk korang yang menempah awal ada diskaun 15% dari 15 April hingga 5 May 2018 dan diskaun 10% dari 6 May hingga 15 May 2018. Ada lucky draw lagi tau. Cabutan bertuah akan dibuat pada 30 Jun 2018, yang mana hadiah-hadiah utamanya merupakan tiket penerbangan pergi dan balik ke Australia, Bangkok, Surabaya, Vietnam dan Bali serta banyak lagi hadiah-hadiah menarik menanti korang. Keputusan juri adalah muktamad dan pemenang akan dihubungi oleh pihak pengurusan. Kemudahan surau di tingkat 5. Ok jangan berlengah, kalau ada bajet nak makan sedap yang boleh pilih sini yang penting elakkan pembaziran makanan sepanjang Ramadhan nanti ya.
Lucky Winners on 30 June 2018
**Return Air Tickets to Australia, Bangkok, Surabaya, Vietnam & Bali.
For reservation, please contact:
07-219 9999 ext: 9399 or
Ms. Zahrah 010-2258571 or
Ms. Effa 017-7183164
Email: sales@puteripacific.com
p/s: Thanks Uyul pinjamkan gambar disaat akak frust gila sebab handphone yang cameranya cun tertinggal di office selepas bateri full cisssss..
Fuhhh sumpah sedapp. Terliuar teruk nihhhh.
hahaha jilat tapak tangan..
bermacam pilihan..makan sampai sendat,, tq ummi ilhams
hehehe sama2..sampai buntu nak pilih mana..
assalamualaikum hernee…bila tengok gambar ni buat perut mengigil la…lagi la berpuasa hari ni mmg menggoda sungguh…
waalaikumussalam ma.. hehe samalah kita pun puasa..taip sambil telan air liur..
Bertabahlah di saat scroll gambo makanan, tiba-tiba keluar iklan kempiskan perut tu oiii hahaha insaf sekejap hahaha
kahkahkah..pshyco betul ek..hahaha
Tengah lapar, tgk lak gambar makanan yg sedap ni.. Adehh pedih perut2 rasa.. haha
kambek!!! banyak eh menu dia…yang penting live masak panas-panas…memang mengancam kan umi..Rasa nak berbuka puasa kat sini nanti