Ummi Ilhams With Her Breastfeeding Partner at SGM 4.0

Thank you so much untuk breastfeeding partner Ummi aka body guard kecil kerana meneman Ummi sepanjang Ummi menghadiri Support Group Meeting di Taman Setia Tropika tanpa banyak ragam kecuali dah petang tu dia dah tak sabar nak balik sebab alasan dia kesian kat Babah dan Abang Ilham. Gambar ni masa kami baru sampai di wakaf Taman Rekreasi Setia Tropika. Kami orang pertama yang sampai. Mula-mula cuak juga sebab ada sorang lelaki naik basikal duduk sambil bercakap sorang-sorang. Ummi tawakkal je la sambil berjaga-jaga lagi pun pak guard ada dua orang kat post guard tu. Lepas lelaki tu blah, ada pula anjing dua ekor skodeng kami. Mencicit Ummi dukung Syamil masuk dalam kereta sambil angkut semula makanan dan barang-barang lain.

Sudahnya kami tunggu je kawan-kawan yang lain sampai dalam kereta sambil layan budak cenonit tu berbual. Hujan rintik-rintik pun mula turun. Hari ni memang hari dating Ummi dengan Syamil. Abang Ilham ikut Babah service kereta, sebenarnya dia dah pesan dengan Ummi jangan pergi SGM selagi dia tak balik hehehe. Sorry Ilham.

Sepanjang SGM dia berkepit dengan Ummi. Tarik tudung la masuk dalam baju la. Suruh main dengan kakak abang sekejap je pergi lepas tu ngendeng balik. Bertuah betul budak sorang ni tau. Antara dia dan Abang Ilham nampaknya dia pegang rekod ngempeng paling lama setakat ni, 3 tahun 3 bulan and still on going. Abang Ilham ngempeng 2 tahun 11 bulan je. Itu pun wean-off sebab Ummi pregnantkan Syamil, masa pregnantkan Syakir dia still breastfeeding.

Ummi belum berjaya lagi wean-off mamat ni. Ummi memang tak nak terlalu memaksa. Wean-off ni melibat dua emosi, ibu dan anak walaupun dah terlajak sampai 3 tahun lebih tapi Ummi tak nak wean-off secara paksaan. Kita buat perlahan-lahan. Maybe sampai jadi delay sebab Ummi pun tak ready hehehe. Tapi waktu siang dia dah jarang ngempeng. Malam je la masa nak tidur.

Oleh kerana Syamil behave masa teman Ummi, Ummi bagi upah mee goreng tomyam boat noodle @ teh o ice 50 cent hehehe.

Muka dah penat sangat tu satu hari dia tak tidur siang. Tapi sampai rumah terus aktif semula. Inilah dia “baby tua” Ummi yang masih dalam denial mode. Yang masih fefeeling baby. Semoga Syamil dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga kita berjaya wean-off secara semulajadi. Ummi, Babah dan Abang Ilham sayang Syamil! 😘

Share this nice post:

6 Replies to “Ummi Ilhams With Her Breastfeeding Partner at SGM 4.0”

  1. Assalam ..
    Waaa patut le maintain kurus Emaknya, lama tu anak menyusu hehehe ..
    Tapi baguslah, anak Sis semua sekejap je BF …

    1. wassalam..adoiii ayat kurus tu kini tidak lagi sis hahaha.. mak dia penyokong tegar BF hehehe

  2. cute je si syamil tunggu mee goreng tom yam ye..

    1. hahaha muka dah penat..

  3. redha je ikut ummi dia kan..hah..bila lagi nak bergathering lagi ni…

    1. BF supporters hehehe.. dah beso blh support wife nanti..hhehe

Leave a Reply