Jemi & Jemah In The Houseee!

16/04/2018

Masih ingat dengan kisah ahli baru keluarga kami dua ekor ikan pemberian Babah untuk The Ilhams. Ala kisah si Rosli dan Roslan tu. Alhamdulillah Roslan masih bernyawa lagi sehingga hari ini. Cuma Rosli je tak bertahan lama, mati di usia ke 5 hari di bawah jagaan Abang Ilham.

29744639_10214792402591296_811247440103796491_o

Abang Ilham sedih bila balik rumah tengok Rosli dah mati. Macam-macam andaian dia buat. Dia cakap..

”Semalam baru je dia tengok Rosli mandi.. Ilham rasa masa kita takde Roslan dengan Rosli ni bergaduh la Ummi.. dia bertumbuk ni”

Ummi kat sebelah nak tumpang sedih dalam masa yang sama Ummi tergelak. Aduhaiii jauh sangat imaginasi tu Abang Ilham oii. Tapi sekarang Abang Ilham dah dapat pengganti Rosli.

Jeng.. jeng.. jeng.. memperkenalkan, antoher new family members..

wordswag_1523713277661

Jemi and Jemah.. pemberian Mama Cu dan Uncle Cu. Dah dua hari dah di bawah jagaan Abang Ilham dan Syamil. Abang Ilham kata dia nak yang Jemah hahaha. So Jemi Syamil punya. Siap pakej bagi nama dan akuarium lagi tu haha. Kami follow je nama Jemi dan Jemah tu. Jangan si Jemah tu ajar Jemi dan Roslan membawang dan menjemah sudah kahkahkah. Thanks Mama Cu dan Uncle Cu. Doakan Jemi, Jemah dan Roslan panjang umur ya uolls.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: