The Ilhams at Lama Mahkota & Laman Serene, Istana Bukit Serene

Family's Activity
20171228_184601

The Ilhams at Lama Mahkota & Laman Serene, Istana Bukit Serene | Orang Johor mesti dah biasa ke bersantai di Laman Mahkota & Laman Serene di hadapan Istana Bukit Serene ni kan. Kalau tak pernah pergi cepat-cepat la pergi  bawa anak-anak ambil angin hehehe. Cerita dalam dua bulan yang berbeza. Cerita siang masa kami bawa The Ilhams ke sini bulan 12 tahun lepas. Cerita malam masa kami bawa diorang ke sini dalam bulan 2 tahun ni hehehe. Saja Ummi gabungkan dalam satu entri ecehhh. Sebab masa bulan 12 tu kawasan yang arca bulan bintang tu tak siap lagi.

20171228_184145

The Ilhams ni memang suka ke sini. Suka tengok laser fountain ni.

20171228_183927
20171228_184007

Cantik pula pancaran matahari petang disebalik bangunan.

20171228_184243

Laman Mahkota simbol ikon diraja hadapan Istana Bukit Serene menjadi daya tumpuan pelancong ke negeri Johor. Pintu Gerbang Mahkota dengan ketinggian 20.9 meter dengan saiz 4.8 meter tinggi dan 60 meter lebar. Mahkota tersebut disaluti 3,063 biji kristal berwarna biru, putih, merah, hijau, merah jambu dan ungu dengan 17 jenis saiz yang berbeza. Struktur yang menyokong replika mahkota menggunakan elemen pentagon sebagai simbolik Rukun Islam yang menjadi pegangan hidup masyarakat Islam. Kalau korang nak tahu, berat mahkota ni adalah 2,800 kg. Hamboiii berat yang amat.

20171228_184331

Ehhh ada model dua beranak kat Laman Mahkota la hehehe.

20171228_184716

Nahhhh zoom in sikit.

20171228_184451

Nampak tu, jangan buat sesuka hati dekat sini ok, ada  Askar Timbalan Setia Negeri Johor mengawal pintu masuk istana.

20171228_184515

Ummi dan cinta hati Ummi hehehe. Abaikan muka kami yang over flawless.

20171228_184657

Dia dah syok main berlari dengan abang, Ummi ajak bergambar pun dia tak nak.
20171228_184736

Selfie la sesorang.

20171228_184905

Acah-acah nak pegang mahkota.

20171228_185209

Sebelum balik kita wefie empat beranak. Ikut hati dua-dua tu tak nak balik lagi. Tapi apakan daya, dah nak maghrib nak oi. Marilah kita pulang ke sarang.

20180202_220140
20180202_220141

Sambung pula cerita malam hehehe. Lepas keluar makan kami ke sini. Time weekend boleh la berjimba empat beranak. Kalau weekdays nak keluar pun fikir 2 3 kali hehehe.

Laman Serene adaah kesinambungan dari Laman Mahkota dan Laser Fountain yang sedia ada. Laman ini dibina di atas tanah berkeluasan 2.8 ekar atau 433 meter persegi dengan gabungan tiga buah konsep pembikinan iaitu arca Bulan dan Bintang, Menara dan Dataran.

Konsep pembangunan Laman Serene

Arca bulan bintang

  • Setinggi 12 meter serta diinspirasikan daripada bulan bintang yang terdapat dalam bendera Johor

Menara

  • Hasil adaptasi daripada Menara Istana Bukit Serene dengan suntikan gaya moden kontemporari, moden dan tradisional seperti kerawang bagi kesan pencahayaan yang lebih menarik

Dataran

  • Konsep reka bentuk bintang lima seperti yang terdapat pada bendera Johor.
  • Kombinasi bintang lima yang berlapis menjadikan 10 bucu bintang, yang mewakili 10 daerah dalam Johor

Source: Berita Harian

The Ilhams at Lama Mahkota & Laman Serene, Istana Bukit Serene

Sebenarnya masa sampai ni hujan gerimis, tapi tak lebat la.

20180202_220249

Nak nampakkan bulan bintang sampai Babah dan Syamil jadi kecil hehe.

20180202_220310

Memang meriah waktu malam dengan lampu berwarna warni.

20180202_220313

Ramai juga orang masa ni.

20180202_220324
20180202_220326

Yang sorang lagi dah buat hal sendiri hahaha.

20180202_220432

Sempatlah suruh Babah snap gambar Ummi kat sini.

20180202_220446

Kemain banyak gambar Ummi snap geram tengok lampu warna warni hahaha.

20180202_220500
20180202_220557
20180202_220804

Dah pusing-pusing sini Babah ajak balik tapi budak cenonit ni ajak ke Laman Mahkota.

20180202_221054
20180202_221106
20180202_221147
20180202_221217

Layankan juga la. Belikan ring berlampu sorang satu. Dah sampai sini merengek nak bubbles pula tapi Ummi Babah pekakkan telinga tak layan permintaan diorang.

20180202_221420
20180202_221424

Nah Ummi belanja gambar mahkota lip lap lip lap di waktu malam.

20180202_221436

Gambar keseluruhan Laman Serene.

20180202_221832
20180202_221834

On the way nak ke kereta sempat lagi snap pemandangan hijau merah hehehe sambil melayan Syamil yang menangis tak nak balik. Tak reti penat budak kecil tu hehehe. Korang yang berkunjung ke Johor Bahru jangan lupa singgah Laman Serene ni tau. Salah satu tempat menarik di sekitar Johor Bahru. Boleh posing bawah mahkota cantik lepas tu post kat instagram ke facebook ke hehehehe. Nanti Ummi dan Babah bawa anak-anak explore Johor lagi dan share di blog ya.

Laman Mahkota Istana Bukit Serene

Jalan Straits View, Bukit Serene, 80200 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.

GPS COORDINATE
Latitude : 1.480051 Longitude: 103.726284

Loading

Related Posts

8 thoughts on “The Ilhams at Lama Mahkota & Laman Serene, Istana Bukit Serene

  1. Belum pernah lagi dapat amik gambo kat dataran mahkota tu..nanti nak juga laa macam Ilham hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!