Kalau nasi lemak ni boleh bercakap, dah lama dia bebelkan Ummi. Kenapa simpan gambar dia lama-lama nasib baik gambar nasi lemak tak basi hahaha. Ingat tak dalam bulan 12 tahun lepas, Syamil warded. Balik dari percutian di “hotel 5 bintang” dia request nak makan nasi lemak. Jadi Ummi pun buatkanlah walaupun Ummi tak terror buat nasi lemak.
Nasi Lemak
Sambal tumis ikan bilis
Sambal Udang
Ayam goreng
Timun jepun
Kacang tanah goreng dan ikan bilis goreng.
Kali ni Ummi masak agak lengkap sikit la lauk pauknya. Sebab selalunya part kacang tanah goreng dan ikan bilis goreng tu Ummi selalu terlupa ekekeke. Tapi alhamdulillah Babah dan anak-anak redho je. Itulah cerita nasi lemak yang terperam dalam draft. Nak juga post. Sila hargai kegigihan Ummi stay up sampai jam 5 pagi di malam Ahad yang indah permai semata-mata nak siapkan draft entri tertunggak hehehe.
haha..nasib baik gambar ni tak basi. menggoda betul sambal tumis tu kak h
sedapnya nasi lemak complete semua.airah pun kadang buat nasi lemak malas nak goreng kacang hahaha buat lauk je
kan..rasa lauk tu lg penting hahaha
kalau roger,confirm aku datang dengan pinggan
hahahaha..next time iols masakan eh..