Macam yang Ummi dah story mory dalam post Ramadhan Buffet 2018 | Jom Makan at DoubleTree By Hilton, Ummi dan kawan-kawan JDT Blogger berkesempatan memeriahkan jemputan Ramadhan Media Preview di sini. Ummi tak datang berseorangan, Ummi di temani body guard penyokong setia Ummi, siapa lagi kalau bukan Babah Ilhams. Syok dapat berlaga-laga pipi dengan geng-geng blogger dan media yang lain. Nak baca review pasal makanan korang boleh jengah post kat atas tu ya.
Sambil makan kami dihiburkan dengan aneka lagu dari The 10 Papers. Ummi dan Babah sempat interview tanya salah sorang crew busker ni. Sebab salah sorang tu dah biasa ternampak dalam group Buskeria Buskers dan pernah buat performance di PTP Family Day hehe. Kami memang suka layan buskers hehe.
Dah siap snap sana snap sini, masa untuk makan. Jadi blogger ni memang gini le, always let’s the camera eat first. Kalau tak ada gambar macamana nak bercerita sambil melelehkan air liur korang kan. Ehhhh.. kemain penuh mulut Babah mengunyah haha. Sorry Babah tersnap masa tengah mengunyah hehehe. Sebenarnya Ummi dah siap-siap iron kemeja navy blue Babah, acah-acah nak sedondon dengan baju Ummi. Sekali dah sipi-sipi waktu nak balik kerja Ummi baru terimbas suasana paginya yang Ummi sangkut kemeja Babah tu kat white board The Ilhams dan lupa masukkan dalam kereta hahaha. Jadi Babah is redho kena pakai uniform PTP pergi teman Ummi buat food review.
Kenapalah awak sedap sangat ni Grill Cilantro Shrimp.
Ini lagi satu ni buat misi diet Ummi tergugat. Octopus Salad. Kenot move on la dengan rasa dia tu. Ya ampun sedapnya. Rasa nak tapau balik rumah hahaha. Over!
Babah punya pinggan ni je yang sempat Ummi snap.
Ok jom kita snap muka geng-geng JDT Blogger.
Ni geng semeja Eda, Sis Lin dan termasuk Chinese blogger Kim Tan & friends. Eh Cik Uyul Rosli tu macamana boleh terselit kat situ hehe.
Kak Seri meja sebelah.
Part nak bergambar mejah hujung nun pun boleh sampai ke depan tau hehe. Jemaah wefie bertambah dengan adanya Mak Yong Dilah, Mama Maszull dan Kak Seri,
Ini budak sekolah menengah mana entah. Setelah Ummi interview, rupanya budak sekolah ni keluar dating tapi cakap kat mak diorang pergi tuisyen ekekeke. Ehhh seriouslah korang memang dah macam budak form 5.
Lapan orang wakil dari JDT Blogger dari kiri Hernee Nazir, Uyul Rosli, Mama Maszull, Siti Rohaida, Sis Lin, Dilah, Nona Sani, Kak Seri dan Kak Mia Liana.
Masa ni yang Ummi perasan, kami ni buat tak tahu je kan orang kiri kanan. Bergambar sakan macam tak jumpa lagi lepas ni ekeke. Ok sekarang, koleksi wefie berdua-dua dengan geng JDT Blogger.
Ummi with Uyul Rosli. Budak ni la yang dating tu ngeh3.
Ummi with Sis Lin. Yeay! Sis Lin is back!
Ummi with Kak Mia. Nak adjust entah berapa kali baru dapat snap haha.
Ummi with Eda aka Siti Rohaida. Calon-calon besan kahkahkah.
Ummi with Mama Maszull yang sabar melayan kerenah anak-anak blogger. Tetiba teringat adegan menyakat mama masa ni. Sorry mama gurau-gurau je.
Ummi with Mak Yong Dilah. Semoga dipermudahkan urusan Dilah melahirkan baby nanti ya.
Ummi with Kak Seri. Mak Inche bawa Pak Inche dan Iman hari ni.
Ummi with Nona Manis hehe. Nampak tak tangan si Uyul buat perangai kat belakang tu.
Ummi with Kim Tan. Syok je tengok si Kim ni makan. Dia relax-relax, slow and steady supaya perut tu tak senak dan boleh makan banyak hehe.
Dan wefie pelengkap untuk hari itu, semestinya wefie bersama kekasih hati intan payung buluh betong Ummi, Babah Ilhams :p Mana The Ilhams? The Ilhams terpaksa transit ke rumah Mommy Ngah kejap. Thanks Mommy Ngah. Thanks juga anak-anak yang cuba memahami kerja Ummi sebagai blogger walaupun sah-sah korang belum faham hehe. Thanks to DoubleTree By Hilton for this opportunity. Glad to be here to taste the delicious food.
Last but not least, terimalah gambar rempah ratus yang tersusun molek buat Ummi geram hasil snap Babah menggunakan camera Zenfone 3 je. Malas pula Ummi nak suruh Babah bawa DSLR hehe. Next time lah. Guna kamera handphone pun ok kan. Till then, babai dan selamat berhujung minggu. Esok Isnin.. erkkkkkkkkkk!!