Geng Makan

SUBWAY Petron Second Link (Arah Selatan) – Grand Opening Sale 29 March 2018

Malam tadi Gegirl whatsapp tanya nak tak voucher SUBWAY Petron Second Link Grand Opening ni. Ummi selaku peminat tegar SUBWAY nak je la hehehe. Lagi-lagi bila tau beli satu PERCUMA satu hehehe. Lagi laju jawab nak hehe. Ada 10 vouchers bagi-bagi kawan office termasuk officemate Babah.

Tenghari tadi gigih la Ummi dan Geng Makan ke SUBWAY baru ni. Korang yang nak ke sini kena parking kereta kat R&R Arah Selatan tau. Lepas tu exercise la sikit jalan kaki ekeke. Kalau yang nak menghala ke Singapore tu senang je, korang drop by je la kat Petron ni.

Nampak tu bunting promo hehehe.

Kekonon berangan nak makan kat sini. Rupanya ada ruang kecil je hehehe. Sampai je Ummi terus call Kak V eh salah Gegirl yang kerja kat sini. Saja je mengacau dia yang tengah busy kat kitchen.

Sempat je ek. Tengah syok berwefie, adik SUBWAY nak ambil order hahaha.

JAWATAN KOSONG SUBWAY PETRON SECOND LINK (ARAH SELATAN)
GELANG PATAH, JOHOR

Restaurant Managers
Shift Managers
Crew Members

Walk-in Interview

Contact: 07-288 2281

Korang yang mencari pekerjaan, boleh la try kerja kat SUBWAY ni. Ada open job vacancy untuk tiga jawatan tu ya. Lepas dah membeli belah kami pun berjalan kaki semula ke kereta. Dalam duk berjalan tu terfikir nak mengajak diorang lepak kat kerusi yang kosong di R&R tu.

Maka di sinilah kami melepak menghabiskan waktu rehat yang tak berapa nak lama tu. Ummi beli 2 set, yang free bagi Babah beserta airnya. Lagi 1 set Kak Aien kirim dan yang Nazam kirim Noni tukang belikan hehehe.

Meriah no makcik makan cookies hahahaha.

Kak Leen pun grab 1 set.

Kisahnya dah berapa hari cheat day Ummi ni ek? Tapi kira masih level sihat ni kan? Okbai..sedapkan hati sendiri. Weekend pulun BERSENANG kata Syamil hahaha.

dapat additional voucher lagi untuk April hingga Julai. Ohhhh mencabar sungguh dah la sekangkang kera je dari rumah cisssss.

Nun di sana Didi & Friends yang baru balik dari Petron shopping SUBWAY hahaha. Diorang semua officemate Babah. Jadi Ummi dengan muka tak malunya kirim Babah punya pada Didie hahaha. TQ Didie. Dah siap makan kami pun pulang ke pangkuan PTP. Voucher yang expired 31 May 2018 tu kita simpan buat bekalan di masa akan datang :p

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *