Work

PTP Food Fair 28 – 29 Mac 2018

Semalam punya cerita, demi memberikan moral and of course money support kepada PTP Food Fair, sanggup Ummi tak bawa bekal untuk lunch tau hahaha. Poyo sangat statementnya. Pukul 12.45pm dah turun menuju ke lokasi Food Truck. Panas memang berdenting ting ting tang ting tapi ku gagahi jua. Ada lebih kurang 9 food trucks dari Johor Bahru Food Truck Association (JBFTA).

Kami turun je staff lain dah ramai memenuhi jalan hehehe. Memasing lapar cari menu lunch.

wordswag_1522275788802.png

Food truck pertama yang kami tuju, Familia Kitchen sebabnya Ummi tertarik dengan Korean Spicy Chicken 1 set RM10. Kak Leen order takoyaki ketam, Noni pun sama order Korean Spicy Chicken.

P_20180328_125529_BF.jpg

Macam bersauna juga la nak tunggu turn hahaha. Tapi bergambar tetap nonbor satu hahaha.

Food Truck Six Barrel & Co ni kami singgah beli Laksa Penang semangkuk RM5.

Food Truck Big Chef OTR ni Kak Leen dan Eqa spaghetti carbonara dan meatball with fries.

Ni muka cair tunggu makanan hahaha.

Makcik dua orang ni siap posing acah-acah model ok.

Kamera jangan menipu sangat ok. Peloles sangat tu Ummi Babah. Masa ni tengah gigih menunggu Latte dari D’Coffee Truck. Orang ramai beratur hoii. Sekali order 9, 4 adoii bila nak ambil order hakak ni dik.

Sekali tetiba muncul budak sorang ni nak declare jadi anak angkat hahaha. Air kitorang dapat dah dekat-dekat pukul 2pm, fuhhhh jenuh. Terus plan makan dalam Cafe Cengkih je. Tapi lupa pulak nak snap gambar bersama Geng Makan.

Latte, mantap! Harga pun mantap hehehe.

Korean Spicy Chicken, ok la. Mungkin sebab Ummi punya expectation terlalu tinggi terhadap seketul korean spicy chicken, jadi Ummi rasa yang versi ni boleh di perbaiki lagi. Overall ok je masih boleh dimakan.

Laksa Penang ni boleh tahan la sedap. Ok la dengan harga RM5 tu. Total pelaburan semalam RM35 termasuk air Mocha untuk Babah. Hari ni kami tak menjengah food truck sebab kami ada misi menyerang Subway Petron Second Link arah Selatan ada Grand Opening Sale Buy 1 FREE 1. Next entry Ummi update.

TQ la pihak Facility Services Department yang menganjurkan PTP Food Fair ni. Lain kali buatlah lagi dengan tambah pilihan menu lebih banyak lagi. Okbai!

Share this nice post:
Tagged , ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *