Brunch di Restoran Kari Kambing 40 Hari

29/03/2018

20180217_102040

Cerita balik kampung masa Chinese New Year. Babah plan nak belanja Atok Tipah makan kat Restoran Kari Kambing 40 Hari, so pepagi tu kami siap-siap ke sana. Tak payah breakfast, kita terus brunch je hehehe.

20180217_102120

20180217_093738

Public holiday jangan harap la orang nak sikit. Tak public holiday pun orang ramai. Ni dah kalah orang buat majlis kerja kahwin. Kagum sungguh dengan rezeki taukey restoran ni. Subhanallah. Macam biasa, tugas beratur membeli makanan tu Babah yang punya, kali ni ditemani oleh Pak Uda hehe.

20180217_093601

Ummi tukang chup tempat, bersama The Ilhams dan juga Atok Tipah.

20180217_093527

Sabar je lah Atok Tipah nak melayan menantu dia suruh tengok kamera hehe.

20180217_094832

Alhamdulillah tak terlalu lama menunggu kerana sistem restoran ni memang Ummi puji. Cara pengedalian yang teratur dan telus serta sangat menghargai pelanggan demi memudahkan kedua-dua belah pihak. Wowwww.. skema ayat Ummi ekekeke.

Kami ambil 1 set dulang tapi ada both kambing dan ayam. Dapat air FREE 1 jug.

20180217_094837

Ini Pak Uda punya, dia nak makan sepinggan sorang hehehe. Nikmat duniawi sungguh dapat makan nasi arab kat sini tau. Nasi tu meratah gitu je pun dah cukup sedap sampai rasa tak nak basuh tangan. Bila dah digauk dengan kambing lagi la rasa baunya melekat kat tangan manisssssss. Nyummmss. Ehhh.. taip entri pun bokeh terkecur ok.

Korang yang belum pernah cuba tu pergi la cuba. Orang luar Johor pun datang ke sini tau nak merasa keenakan nasi arab ni. Group matmotor jangan katalah memang ramai. Kebetulan masa kami sampai tu ada krew TV3 nak interview taukey ni. Harap-harap diorang tak ada la terakam Ummi tengah syok menyuap nasi ke mulut hahaha.

Oklah, kat bawah ni Ummi kongsikan sekali lagi harga nasi arab di Restoran Kari Kambing 40 Hari.

HARGA NASI ARAB RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI

Set 1 pinggan
Nasi Arab + Kari Kambing / Ayam
RM 12/pinggan

atau

Set  1 Dulang
Nasi Arab + Kari Kambing / Ayam
RM 45 / dulang
FREE 1 jug air

20180217_102258

Haaaa sekali babah parking kemain jauh, sebab seriously hari tu memang manusia kus semangat susah nak tengok ruang kosong kat restoran tu. Perghhh. Boleh jadi lapar semula nak tunggu sampai ke kereta hahaha tapi demi nak makan kami redah hehehe.

Korang boleh refer info kat bawah ni kalau nak ke sini ya. Selamat mengembek! hahaha.

RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI

Masa. :
7.30 pagi – 3.30 petang

Lokasi :
215 Kg Hj Ghafar , Bt 5 1/2, Jln Yong Peng, Batu Pahat , Johor

tepi highway PLUS area Ayer Hitam – Yong Peng
(exit tol Ayer Hitam atau Yong Peng Selatan)

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: