Work

Pengalaman Makan “Keropok Kulit Sapi”

20180215_111845

Korang pernah makan Keropok Kulit Sapi? Sapi tu panggilan orang Indonesia, kita ni panggil lembu hehehe. Ummi memang suka je makan daging lembu, lagi-lagi daging batang pinang. Ada la part-part lembu yang memang tak pernah dimakan. Kalau tulang, babat tu pun Ummi suka. Tapi yang ni kulit lembu. Adomakkkk.

20180215_111906

Pengalaman pertama makan keropok kulit sapi masa naik tug boat. Most of the tug boat crew ni Indonesian. Masa kitorang sampai tu diorang hidangkan air kopi dan keropok kulit sapi. Kalau tengok rupa fizikal memang nampak sedap menarik tertarik. Dalam hati mesti sedap ni krup krap krup krap. Ingatkan keropok ikan ke apa rupanya keropok kulit sapi daaaaaa.

20180215_112104

Ummi pun kekonon nak cuba la. Tanda bahasa orang dah hidangkan. Sekali bila dah masuk dalam mulut adomakkk rasa dia. Tak boleh pergilah. Nak telan ke nak luah semula hahaha. Nampak tu mampu gigit sikit je. Akhirnya Ummi telan sambil tahan nafas hahaha. Mak kau hijau rasanya time ni hahaha. Tengok Master Tug Boat tu makan kemai sedap. Wan Zul pun kemain lagi mengunyah. Yap pun tak mampu telan. Ummi??? Erkkkkk.. tak boleh telan hoiiii tersangkut bau lembu kat tekak hahaha.

Korang kalau terjumpa keropok kulit sapi ni cubalah. Mana tahu korang punya tekak boleh terima. Makanan rare ni tau hehehe. Ok, itu je nak bebel hahaha.

Share this nice post:
Tagged ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *