Riadah Pagi Di Parit Jabar Senggarang

Cerita balik kampung minggu lepas. Orang tengah semangat menyihatkan badan jadi rasa bersalah kalau tak keluar peluh walaupun balik kampung hehe. Pagi tu Ummi punya plan nak jogging, sekali Syamil bangun dan nakk ikut. Jadi Ummi tukar plan dari jogging ke walking. Tapi lagi sekali baby tua tu tak nak bagi kerjasama. Dia nak berdukung adoiii. Ummi sempat la dukung sambil melalui jalan rumah Pak Teh dan patah balik semula. Bila nampak Babah baru balik beli sarapan, Ummi pass Syamil kat Babah dan Ummi meneruskan perjalanan meronda Pekan Senggarang hehe.

Kedai-kedai tak buka lagi hehehe.

Abaikan temporary mask tu hahaha. Muka macam tak semenggah gitu.

First time sepanjang jadi wife orang Senggarang Ummi meronda sesorang gini hahaha. Jalan kaki pulak tu.

Saja menikmati keindahan pagi Senggarang gitu. Kalau tak memang kat rumah je la.

Sejak ada “I Love Senggarang” ni Ummi memang ada request dengan Babah nak ajak The Ilhams posing kat situ. Tapi Babah tak layan kahkahkah. Ok hari ni Ummi snap jek lah dari jauh dah alang kepalang jalan kaki sampai kawasan sungai ni.

Dah snap patah balik masuk jalan Pasar Awam Senggarang. Kalau pagi Sabtu ni konfem sangkut kat pasar pagi Senggarang hahaha. Tapi sebenarnya memang tengah ada Karnival Riuhnya Senggarang kat kawasan berhadapan pasar tu. Ummi tak singgah pun, kedainya baru sikit yang buka dan yang penting Ummi tak bawa se sen pun duit hehe.

Bunga sakura gugur di Senggarang ekekeke.

Akhirnya sampai semula ke PJ.. I Love PJ! hahaha. PJ bukan Petaling Jaya ya, PJ ni Parit Jabar, Senggarang hehehe.

Hasil meronda sambil berjalan kaki ke Pekan Senggarang, dapatlah 3.02km.

Tak puas hati lagi tu, pinjam pula basikal Pak Uda, kayuh basikal sesorang sampai ke hujung Kampung Parit Jabar dan patah balik. Nak jelajah sampai ke pantai takut pulak sesorang hehehe.

Hasil mengayuh basikal Pak Uda, dapatlah 6.35km selama 28 minit. Total daily steps hari tu dapatlah 8580 achieved target Ummi sehari 6000 steps. Dapt juga Ummi membakar kalori sebanyak 338 kcal. Alhamdulillah. Memang tak banyak hasil lagi penurunan berat badan ni, tapi Ummi yakin boleh. Dulu boleh takkan sekarang tak boleh ye dok. Yang penting nak turunkan berat kena ikut cara yang betul jaga makan dan bersenang (kata Syamil ekeke).

Slowly but surely!!!

Share this nice post:

Leave a Reply