DDHN–Sambal Berongan

26/03/2018

Entri lama terkempam. Kalau sambal berongan ni ada pun dah basi dah hahaha. Korang pernah makan berongan tak? Sedap hoi. Memang favourite kami masa kecil-kecil dulu. Arwah Mak suka cari berongan ni dan masak sambal tumis. Apa tak kenal berongan?

berongan-telescopium_telescopium

Credit pic: http://nickswanderings.com/2015/05/09/tanjung-piai-national-park-malaysia-4/

Inilah dia berongan atau nama saintifiknya “Telescopium” (Horn Snail) adalah sejenis siput spesis”Marine gastropod molluscs” Boleh ditemui di lumpur hutan bakau.

Mempunyai saiz ketinggian 8-15 cm, berongan ni sangat mirip rupa bentuk kon ais krim. Biasanya mudah dijumpai di kawasan bakau-bakau dan lumpur di Asia Tenggara. Ia juga dipanggil ‘Rodong’. Ummi tak pasti negeri mana panggil Rodong tu.

20171111_161107

Rupa fizikal berongan yang dah dikeluarkan isinya dari cengkerang.

20171111_161119

Zoom in dekat sikit. Sebelum dimasak, haruslah keluarkan dulu isinya. Dulu arwah mak siap-siap rebus dengan kulit sekali baru keluarkan dari cangkerang. Ummi beli sebekas isinya saja hari tu dalam RM12 tak silapnya.

sambal berongan

Masak apa sedap?? Masak sambal sedap, masak rendang pun sedap hoi. Eh, lepas rebus makan gitu jek pun sedap. Tapi kat rumah tu Ummi sesorang je syok sendiri makan The Ilhams tak layan, Babah makan la sikit-sikit.

Resepi buat Sambal Berongan tu senang jek. Korang buat sambal tumis macam biasa, lepas tu masukkan je la isi berongan tu. Biar sambal tu kering-kering sikit baru sedap meratah hahaha.

P_20170506_154128_vHDR_Auto

Ni kenangan kami 5 beranak masa menjelajah ke Penghujung benua Asia, Tanjung Piai tahun lepas. Sempat singgah di kawasan siput berongan ni. Haiwan perlindungan taman negara ni tau. Dapatlah tunjuk anak-anak siput berongan tu camana rupanya. Ehhh bila la nak outing dengan Zara lagi ni ek hehe. Geram pula tengok si botak chin tu. Ok cerita berongan dah tamat. Korang yang tak pernah maka tu cubalah gerenti sedap.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: