Rasai Keenakan Pizza Samyeang & Ayam-Haseyo di Domino’s Pizza

Foods Review


Annyeong Haseyo!

Cerita hari Khamis kami sekeluarga. Pagi bersiap-siap ajak anak-anak ke Domino’s Pizza, Bandar Baru UDA. Semua askar-askar dah kena brief apa tujuan ke sini hehehe.

Abang Ilham macam biasa mesti nak menempel sebelah Ummi.

Adik Syamil masih boleh kawtim, duduk dengan Babah pun ok je. Konfem korang dah tahu apa tujuan kami kesini?

Of course lah untuk merasai sendiri merasai K-Wave Domino’s Pizza dengan keenakan PIZZA SAMYEANG & AYAM-HASEYO yang julung-julung kalinya diperkenalkan di Domino’s Pizza.

Samyeang Pijja!! Promosi dalam tempoh terhad. Rugi tak cuba.

Baru-baru ini Domino’s telah melancarkan sajian terbaru Pizza Samyeang bersama satu lagi menu hot Ayam-Haseyo dengan gabugan sos pedas Korea khas melengkapkan rasa unik hidangan ini.

Pizza Samyeang menawarkan 3 pilihan pizza iaitu:

 Pizza Daging Samyeang
 Pizza Tuna Samyeang 

 Pizza Ayam Samyeang 

Tengok tu, Syamil pun bingung nak pilih pizza yang mana tau. Semuanya sangat-sangat menyelerakan. Jom kita zoom in pizza samyeang satu persatu sambil kecurkan korang, sambil tu meleleh air liur Ummi ni tau. Haisyhhhh. 

Ini PIZZA DAGING SAMYEANG . Antara ketiga-tiga pizza ni, pizza daging samyeang yang paling mencabar pedasnya untuk orang yang tak tahan pedas la kot. Sebab kalau lagi pedas lagi sedap hahaha. Sos Samyeang yang unik adalah daya penarik Pizza Samyeang ni tau. Rasa macam nak minta sos lebih je tadi hahahaha over!

Ok yang ini pula PIZZA TUNA SAMYEANG. Ini pun sedap ok. Kalau korang tak tahan pedas sangat tuna ni ok la. Pedasnya masih boleh kawal lagi.

Dan akhir sekali PIZZA AYAM SAMYEANG. Versi ayam pun tak mengecewakan. Sesuai juga untuk level kepedasan yang moderate hehe.

Slice pertama Ummi, cubaan merasa Pizza Ayam Samyeang.

Macam yang Ummi cakap tadi, bukan saja pizza, korang juga kena cuba Kepak AYAM-HASEYO. Kepak Ayam Haseyo ni pun sedap uolls. Seriouslah tak tipu. Sos Samyeang ni sedap gila. Harap Domino’s keluarkan sos samyeang dalam bentuk botol untuk dijual kepada pelanggan terutamanya peminat Korean Food hehe. Over betullah Ummi ni. Level pedas Ayam-Haseyo ni masih boleh handle lagi. Pedas yang sedap gitu hehe. Cuma tak sepedas Samyang Ramen Double Spicy hehehe. Yang tu sure berjurai air mata.

Satu lagi hidangan terbaru di Domino’s Pizza, iaitu CHEESY FOUR. Sekotak mengandungi 4 jenis side order menu iaitu Stuffed Cheddar Bites, Cheesy Cheddar, Crazy Chicken Crunchies – Original dan Garlic Cheese Onion Ring. Semua sedap! Oopppssss.

Hidangan tambahan Chocolate Larva Cake.

Satu lagi, Peanut Butter Choc Larva.

Babah buat demo nak tengok lelehan chocolate larva hehehe.

Antara ketiga-tiga Pizza Samyeang ni Ummi paling suka PIZZA DAGING SAMYEANG sebab antara tiga ini yang paling pedas (walaupun masih boleh up lagi kepedasannya). I like pedas-pedas berapi gitu hehe. Pizza yang lain-lain tu Ummi suka juga masih kategori sedap! Kepak Ayam-Haseyo ehhhh gila tak suka. Sedapppp tahu tak? Ngencesss weh. Aduhaiii nasib saka makan dah kena kurung dalam stor.. kalau tak memang order lagi Petang Ummi terus panjat bukit kat Sireh Park tau nak burn semula kalori hahaha.

Babah dan Syamil pun terjebak hehehe. Babah baru je nak ikut diet Ummi tapi terpaksa akur dengan dugaan pizza samyeang yang sedap ni. Syamil makan tepi-tepi pizza dan side dish.

Abang Ilham tak makan pizza jadi dia bedal Kepak Ayam-Haseyo je. Mula-mula Ummi takut Abang Ilham kepedasan, tapi bila tengok dia dah makan seketul nampak relax je baru Ummi teringat dia kan suka makan pedas hehehe. Ok boleh belanja lagi la macam ni.

Kami semeja dengan Beauty Blogger yang sememangnya cun melecun Airah. First time jumpa di alam nyata, sebelum ni berbalas komen di ala maya je hehehe. Airah baru je setahun pindah JB. Haisyhhh Ummi jeles betul tengok kulit dia yang flawless tu. Harap jumpa lagi next event.

Kakak sorang lagi ni tak payah kenalkan la. Geng JDT Blogger yang handal bab masakan dan juga banyak buat food review cafe dan restoran yang beliau singgah. Siapa lagi kalau bukan Kak Seri.

Ok Syamil nak bergambar dengan Aunty Airah yang cantik hehe.

Kasi can lah Ummi posing bersama Pizza Samyeang, Ayam-Haseyo dan props yang cantik-cantik haha.

Ummi, Kak Seri dan Airah bergambar dengan “Abang Domino’s” dan hot menu di Domino’s Pizza.

Last but not least, group photo bersama geng-geng blogger dan social media influencer yang lain. Masing-masing dah kekenyangan menikmati Pizza Samyeang, Ayam-Haseyo dan side dishes lain yang sedap.

Minta maaf kalau Ummi mengecurkan. Kalau korang terkecur silalah berkunjung ke mana-mana cawangan Domino’s Pizza terdekat. Cepat cuba sebab hidangan ni hanya limited time offer saja ya. Kang meleleh air liur korang Ummi tak tahu hehe. Extremely recommended!! Memang sedap. Kawan-kawan Ummi yang dah cuba pun kata sedap. Dah jangan termenung, pizza samyeang tak datang terbang ke rumah korang. Pergi order cepat!

Dapatkan sekarang!!

Promosi PIZZA SAMYEANG 

2 pizza deals with extra mozarella cheese save up to RM27.60
2 Regular *Extra Cheese from only RM33
2 Large *Extra Cheese from only RM55

Pizza Samyeang saiz personal – SUPER TUESDAY 
RM3.90 (online order)
RM4.90 (counter)

AYAM HASEYO

A la Carte – RM14.90
Add on – RM13.50

Kunjungi website Domino’s Pizza untuk maklumat lanjut:

www.dominos.com.my

p/s Nasib baik Gelang Patah ada Domino’s Pizza.. ehhhhhh!!! :p Astaghfirullahalazim.. meletup semula penimbang Hernee oiiii.. Makcik bawang sila jangan kecam ekekeke..

Related Posts

5 thoughts on “Rasai Keenakan Pizza Samyeang & Ayam-Haseyo di Domino’s Pizza

  1. wah ada airah la hehehe. lama dah tak makan domino, macam best ja yang ni, kalau bawak kawan sha yang suka pedas tu mesti lagi best tengok dia makan hihi. kena try jugak ni

    1. aah pestaim akak jumpa airah.. cantil betul.. sha ajak la kawan makan pizza samyeang serious sedap hehehe

  2. macam pernah tengok si airah ni….comel je orangnya..tapi ayam baru tu nampak lagi sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!