KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator – Penyelesaian Masalah Tayar Pancit

Products Review

KRONOS FLATNOMORE - TYRE SEALANT & INFLATOR.png

Hai korang. Hari ni Ummi nak tanya kaum-kaum wanita diluar sana adakah korang sama spesis macam Ummi ke tak? Spesis tahu bawa kereta je tapi technical part kelaut hehehe. Lagi- lagi kalau bab tayar pancit, memang Babah Ilhams la yang jadi mangsa. Ada ke? Ke Ummi sorang yang macam ni? Ok, malu sudah hehehe. Pertama kali berhadapan dengan tayar pancit tahun lepas dalam perjalanan nak ke office memang agak cemas lah. Cepat-cepat call Babah minta bantuan.

Hari ni Ummi nak kongsikan produk memang bagus dan MESTI ada dalam kereta korang. Memang sangat-sangat membantu dikala kecemasan, tiba-tiba tayar pancit di tepi jalan. Nak tunggu mekanik sampai pastinya mengambil masa yang agak lama. Nak tunggu suami sampai, kalau la dia tak out station, cuba korang bayangkan kalau suami korang atau orang terdekat memang tak dapat dihubungi. Haisyhhh haru biru.

KRONOS FLATNOMORE – TYRE SEALANT & INFLATOR

Inilah produk yang Ummi maksudkan tu, KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator. Korang pernah guna tak? Ramai kawan-kawan Ummi dah mencuba KRONOS FLATNOMORE ni. Rata-rata memberikan feedback yang positif.

FLAT_NO_MORE_BOTTLE_LABEL_A5_(F).jpg

KRONOS FLATNOMORE – TYRE SEALANT & INFLATOR adalah produk edaran DKS International Sdn. Bhd. yang mampu membantu sekiranya korang mengalami masalah tayar kereta pancit secara tiba-tiba. Ia didatangkan dalam botol bersaiz 650ml dan merupakan salah satu botol terbesar di pasaran dengan harga pengenalan RM49.99 sahaja sebotol.

Apa yang menarik tentang KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator ini ialah:

✅ TIDAK perlu tukar tayar
✅ Senang untuk digunakan
✅ Tampalkan lubang tayar dalam 90 saat
✅ Tidak memerlukan sebarang peralatan
✅ Tidak merosakkan tayar dan rim kereta
✅ Formula yang mesra alam dan tidak mudah terbakar
✅ Dibuat daripada 100% polimer organik
✅ Jangka hayat selama 3 tahun dari tarikh pengilangan
✅ Waranti 2 tahun

4 LANGKAH MUDAH CARA PENGGUNAAN KRONOS FLATNOMORE – TYRE SEALANT & INFLATOR

FLAT_NO_MORE_BOTTLE_LABEL_A5_(B).jpg

Korang boleh rujuk gambar di atas untuk 4 langkah mudah menggunakan KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator. Senang je kan. Cabut paku yang melekat di tayar, goncang botol 5 saat, pamkan ke dalam tube valve sehingga tayar kembang.

Video ni sebagai rujukan untuk korang nak menggunakan KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator dengan lebih jelas lagi. Ianya semudah A, B, C. Peringatan! ianya untuk kegunaan “TUBELESS TYRE” sahaja.

NOTA PENTING!!!

KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator mampu menampal lubang sehingga maksimum 6mm. Ia hanya untuk penampalan sementara sahaja. Korang tak perlu bimbang dengan cecair latex ini kerana ianya boleh bertahan didalam tayar untuk tempoh beberapa hari dan paling penting ianya mudah dibersihkan.

Kunjungi kedai tayar berhampiran secepat mungkin. Korang dinasihatkan untuk tidak memandu melebihi 130kmh selepas menggunakan produk ini. Ia akan menyebabkan getaran kerana terdapat cecair dalam tayar.

KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator selamat jika disimpan di dalam kereta dan tahan panas. Apa yang penting jangan dsimpan atau diletakkan secara langsung di bawah pancaran cahaya matahari. Cara terbaik adalah menyimpan di dalam bonet atau di bawah kerusi.

Sebagai jaminan, korang boleh menukar mana-mana produk sekiranya berlaku sebarang kerosakan semas proses pengeposan. Produk ini mempunyai 2 tahun jaminan dan 3 tahun jangka hayat dari Januari 2018.

Untuk mendapatkan produk ini korang boleh rujuk link di bawah.

KRONOS FLAT_NO_MORE.jpg

Dapatkan KRONOS FLATNOMORE Tyre Sealant & Inflator korang segera!!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!