Produk JD.com & Mogujie Kini Boleh Didapati di Website Ez Buy

Rambling

ezbuy1.jpg

Korang mesti dah biasa shopping di Ez Buy kan? Baik mengaku cepat hehe. Tipu la kan kalau korang kata tak minat online shopping. Semua orang sekarang kalau boleh nak order barang dan dalam sekelip mata semua dah ada depan mata. Dengan Ez Buy, korang klik-klik barang sampai depan rumah. Korang tak payah nak pening-pening nak convert harga ke Ringgit Malaysia sebab harga yang dipaparkan memang mengikut mata wang negara kita.

Kalau korang perasan baru-baru ni Ez Buy telah menggabungkan dua buah laman web e-dagang yang terkemuka di China yang lebih dikenali sebagai Jing Dong atau JD.com dan Mogujie. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Pendek kata apa saja keperluan harian korang boleh didapati di bawah satu bumbung. Wahhhh lagi mudah la nak bershopping online. Sebelum ni pun Ez Buy dah cukup meriah dengan barangan dari negara China, cuba korang bayangkan bila ada pertambahan “hot stuff” dari JD.com dan Mogujie bertambah-tambah la meriahnya kan.

shopping JD.com di ezbuy.jpg

JING DONG ATAU JD.COM

Jing Dong atau JD.com adalah salah satu laman e-dagang terkemuka di China. Terdapat pelbagai produk yang diperdagangkan antaranya alat untuk pakaian, barangan rumah , digital dan automotif dan banyak lagi. Kini semuanya boleh didapati dari website Ez Buy. Lebih dari 400,000 produk Jing Dong yang boleh di explore. Apa yang penting kebanyakan produk-produk jenama terkenal, dijamin kualitinya dan 100%

shopping JD.com di ezbuy1.jpg

Setelah dibelek-belek memang rambang mata tau tengok barang-barang JD.com di Ez Buy ni. Serious weh. Memang rasa nak beli je semua hahaha.

shopping JD.com di ezbuy2.jpg

Paling menarik perhatian bila nampak aksesori penyusuan susu ibu (Breastfeeding Acessories) seperti cooler bag, ice pack, storage bag dan banyak lagi pun ada dijual dengan harga yang berpatutan. Haruslah Ummi share dengan rakan-rakan seperjuangan penyokong tegar susu ibu.

Korang boleh rujukan PANDUAN MEMBELI BELAH BARANGAN JD.COM DI EZ BUY. Kalau korang tak nak confuse make sure korang tengok bahagian bawah product description tu mesti ada logo JD.

shopping mogujie di ezbuy

MOGUJIE.COM

Mogujie.com juga adalah antara laman e-dagang terkemuka di China dan kini barangan Mogujie boleh didapati dengan mudah di website Ez Buy. Bagi kaum wanita yang meminati fesyen-fesyen terkini, korang bolehlah cuci mata sambil cuci poket di sini hehehe. Selain fesyen terkini, Mogujie juga menjual barangan lain yang terdiri dari pakaian lelaki dan kanak, permainan kanak-kanak, peralatan rumah dan kebun dan macam-macam lagi.

shopping mogujie di ezbuy1

Antara barangan Mogujie.com yang menjadi “WEEKLY BEST SELLER” di Ez Buy. Boleh buat korang tak keruan tau. lagi-lagi bila tengok harganya yang super murah. Zaman-zaman ekonomi tak menentu ni sedaya mungkin kita akan dapatkan barang-barang dengan harga berpatuan dan kualiti yang tip top.

shopping mogujie di ezbuy3.jpg

Nah saja nak bakar korang. Tunjuk sikit je. Selebihnya korang kena explore sendiri di Ez Buy. Konfem dup dap jantung korang nak pilih mana satu idaman kalbu.

shopping mogujie di ezbuy4.jpg

Scroll punya scroll.. klik punya klik.. Ummi terjumpa toys ni. Huisyhhh bahaya ni kalau The Ilhams nampak mesti dorang minta upah sirang satu toys. Ummi pun gatal tangan nak belanja dorang ni ehhhh.. ewah-ewah. Anak tak minta maknya yang lebih-lebih pula hehe.

shopping mogujie di ezbuy2

Korang jangan lupa tau jengah website Ez Buy tengok latest fashion dari Mogujie. Jangan cakap Ummi tak payung. Dah bagitahu awal-awal ni.

welcome to ezbuy.jpg

Sekiranya korang mendaftar di Ez Buy sekarang, korang berpeluang untuk mendapat diskaun kos penghantaran sebanyak 15% untuk pembelian pertama. Korang juga boleh siap sedia menikmati:

  • Penjimatan sehingga 60% diskaun
  • Akses kepada jutaan produk berkualiti dari seluruh dunia – Barangan dari China, Amerika Syarikat, Taiwan, Lokal & lain-lain dengan diskaun sehingga 60%
  • Kos penghantaran yang murah ke Malaysia bermula dari hanya RM2 / 500g

Best ke best? Cepatlah jangan lepaskan peluang ni ya. Kalau tak tahu macamana nak shopping jom Ummi ajar tapi kena belanja Ummi satu barang dari JD.com satu lagi dari Mogujie amcama setuju?

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!