Upah Balik Kampung

My Hero Kechik - Ilham Syahmi My Hero Kechik - Ilham Syamil

Weekend yang lepas kami balik kampung Babah di Parit jabar, Senggarang, Batu Pahat. Macam biasalah budak berdua ni memang excited je nak balik kampung. Nak jumpa Atok Tipah, Pak Uda, Arsyad dan yang paling dinanti nak beli sotong Pak Teh hahaha.

Balik kampung kali ni memasing dapat upah hehe. Upah kenangan anak-anak nak membesar. Si abang excited naik basikal dengan Babah sampai tak sedar kaki tersepit. Ummi tengah masak, sekali sayup-sayup dengar suara budak meraung lain macam. Rupanya Abang Ilham meraung kesakitan.

Babah pun tak sedar sebenarnya. Dah nak malang kan. Takpelah jadi kenangan sepanjang hayat. Bukan senang nak dapat pengalaman ni tau. Dulu Ummi Babah lagi macam-macam pengalaman kecil-kecil zaman tak ada gajet ni. Sedih no muka dia kan. Babah tuamkan ais sambil menenangkan mangsa hehe.

Alhamdulillah tak la cedera teruk, cuma kulit tercabut sikit dan ada tanda luka kat tumit. Bila petang sikit memang bengkak sikitlah. Kesian abang Ilham jalan terhincut-hincut. Ilham ni sejenis yang tak boleh ada cedera pada tubuh badan. Dia akan panik dan menangis macam nak rak tangan siap gigil-gigil. Hero kena kuat, tak boleh lembik-lembik ok. On the way balik Gelang Patah, dia suruh Ummi call Mommy, Mama Cu, Nenek dan Uncle Nazam nak mengadu nasib hahaha. Siap cakap Ilham tak nak naik basikal lagi kalau balik kampung hahaha.

Sorang lagi yang dapat upah balik kampung, si adik. Habis dahi luas tu benjol-benjol bintat kena gigit nyamuk hahaha. Kulit pakcik ni memang sensitif sikit. Merah dahi tu ha. Padahal rumah sendiri pun bukanlah kawasan bandar hahaha. Saja nak manja-manja kulit tu bila balik kampung.

Itulah cerita upah balik kampung untuk The Ilhams. Terima kasih kerana sudi membaca blog Ummi Ilhams yang tenggelam timbul hahaha.

Related Posts

2 thoughts on “Upah Balik Kampung

  1. tulah..bebudak ni kalau tak cipta kenangan memang tak sah kan…nasib tak teruk..hadoiii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!