Riadah Petang 100318

19/03/2018

Semangat nak beriadah, walau menggendong baby tua tetap jua diteruskan hajat tu hahaha. Suruh tinggal dengan Babah kat rumah tak nak. Jadi nak tak nak Ummi kena brisk walk je lah sambil gendong baby tua sorang ni.

Partner nak kurus Ummi, Mommy Ngah. Yang sorang lagi tu acah-acah coach tapi kekadang coachnya pun kelaut dalam kahkahkah. Kalau Mommy yang jadi coach Ummi boleh la percaya sikit (dengan harapan Mommy baca dan belanja lunch lauk diet yang sedap). Kami bermula dari taman perumahan kami, dan keluar ke kawasan jalan kampung.

Nak lebih selamat kami masuk jalan kebun orang hahaha. Ehhh bukan menceroboh tau. Memang ada jalan untuk laluan penduduk yang duduk area dalam tu. Tengok muka baby Ummi tu, kemain menjengah lagi. Sebenarnya dia tak bagi Ummi snap gambar dia tu hehehe.

Lepas melalui jalan Paya Mengkuang, kami masuk semula pusing keliling kawasan perumahan. Alhamdulillah, dapatlah 4.76km dalam masa 1 jam 7 minit. Dapatlah membakar kalori yang ada.

Nampak tu gigih menggendong baby tua. Dia memang dari kecil dah biasa masuk SSC. Jadi Ummi selesa jek gendong dia. Awal-awal jek la dia macam tak nak sebab dia tak sedap badan sebenarnya. Kaki pun habis kena gigit nyamuk. Next time nak ikut Ummi kena pakai seluar panjang.

Ini hasil timbangan sehingga hari ke 15 minggu lepas. Jadilah dari tak turun-turun kan. Ummi ni jenis yang kena jaga makan dan kena juga bersenam. Kalau tak bersenam memang mereput la tak turun-turun berat badan tu. Bila Ummi asyik sebut nak kurus, anak-anak pun perli kalau nampak Ummi makan lebih. Ciskek! hahaha. Ok, sambung next entri. Banyak nak cerita tapi tak ada masa nak menaip.

Share this nice post:

1 Comments

  • kisahsidairy

    21/03/2018 at 4:08 pm

    uit..sikit lagi nak sama dengan aku ni..nampaknya aku pun kena buat riadah ni..tapi tak boleh nak lari..jadi aku zumba jelah…nyanyi lagu poco-poco sekali…
    caiyok umi…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: