Riadah Pagi 030318

HN Weight Loss Journey

Cerita Sabtu minggu lepas. Hari ke 8 percubaan menurunkan berat badan yang semakin naik bermaharajalela hehehe. Takpe la, slowly but surely kan. Biar turun cara sihat, dengan jaga pengambilan makanan dan bersenam bukan makan ubat kurus.

Minggu lepas Ummi jogging sesorang je. Sesorang pun jadi apa ada hal. Dapat satu round keliling taman lebih kurang 2.39km je. Jadilah dari Ummi membongkang kat rumah tu kan.

Kembang kuncup hidung nak menghabiskan jogging hahaha. kalau ada orang skodeng kat tingkap tu nampak Ummi selfie memang malu seumur hidup ekekeke. Samai rumah Ummi buat simple exercise sikit.

Ni berat masa timbang hari ke 5, berat Ummi 67.1kg. Pitam! Hari pertama Ummi tak snap, beratnya 67.5kg. Ummi tak pernah cecah macam ni tau kecuali time pregnant dulu hahaha.

Alhamdulillah hasil timbangan hari ke 8, turun 66.1kg. Ikut kiraan turun 1.4kg. Harap-harap penimbang ni tak menipu hahaha. Long way to go. Target Ummi nak cecah 52kg berat Ummi selepas kahwin yang pernah dicapai masa Ummi join Fit Breastfeeding Mom Journey bersama Cikgu Azleen. Ummi kena usaha buang 15.5kg yang terlebih ni ha. Walaupun Ummi tak mampu exercise harian, Ummi akan pastikan Ummi naik tangga nak ke office di tingkat 6 tu. Sekurang-kurangnya ada la juga aktiviti mengeluarkan peluh. Ehhh tapi time masak kat dapur pun dah kira bagus juga tau, bepeluh sakan. Mudah-mudahan istiqomah la ya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!