DDHN – Menu of The Day 110318

11/03/2018

Menu hari Ahad keluarga Encik Nazir, nampak meriah tapi tak banyak mana pun lauknya ekeke. Seperti yang dirancang, hari ni Ummi nak masak asam pedas ikan sembilang yang bertelur besar ni. Sebelum Ummi exercie, Ummi siap rendam ikan yang beku. Geram betul tengok telur dia tu ha.

Pukul 9 lebih Ummi kelentang kelentung kat dapur. Bermula misi memasak awal. Sambil-sambil tu juga kerah Babah pergi kedai beli sayur, stok sayur dah yilek. Akibat berwhatsapp sambil masak, lepas menumis bahan-bahan asam pedas, sedap je Ummi lebur semua ikan termasuk si telur ikan tu. Sekali toleh dah macam asam pedas telur kooooooo. Cepat-cepat tunjuk kat adik-adik hahaha. Sudahnya atas nasihat pakar masak, Mommy Ngah.. Ummi tumis semula kuah asam pedas.

Taraaaa.. nasiblah ada lagi cili kisar dapat la menumis semula. Kalau tak haru. Nangis tepi bucu dapur hahaha. Hijau muka nak bagitau Babah jawabnya hahaha. Akhirnya, Asam pedas ikan sembilang in the house yawwww. Ada 2 hiris lagi kita simpan masak hari lain.

Telur yang dah pecah tu Ummi buat apa? Ummi tak buang, buat je la lauk. Sedap je.

Ini telur yang sempat diselamatkan sebelum jadi telur ikan hancur hahaha. Ummi jerang balik bagi masak betul. Ya, masih boleh dimakan.

Ini lauk rendang ayam hutan pemberian Mama Cu. Ayah mertua dia bagi ayam hutan, jadi menantunya merendang la. Rezeki kami dapat merasa sikit.

Vege of the day.. kangkung goreng belacan. Sebenar-benarnya Ummi suruh Babah beli bayam, sebab setahu Ummi dah masuk 10 tahun hidup bersama ni dia bukan suka makan kangkung. Sekali dia balik kedai tengok beli kangkung. Bila Ummi cakap kenapa beli kangkung? Dia kata, nampak tadi macam bayam kahkahkah. Gasak la Ummi suka je kangkung.

Fruits of the day pula, jambu batu dan pisang. Sesisir pisang Ummi beli petang Jummat dah habis, tu yang suruh Babah beli lagi. Alhamdulillah kenyang anak beranak. Ummi masih menguatkan hati, nasi sepenumbuk je. Kalau ikutkan lauk asam pedas ikan sembilang tu mau bertambah-tambah nasi hoiii. Tapi demi nak menurunkan berat Ummi pejamkan mata je hehehe. Masih boleh menikmati ikan sembilang tu pun dah bersyukur.

Oklah, stop sini dulu. Uolls masak apa hari ni?

Share this nice post:

4 Comments

  • kisahsidairy

    13/03/2018 at 1:16 pm

    i memang tak pandai nak masak ikan sembilang..kat rumah pun husband tak berapa nak minat.tapi kalau ikan mayong memang berhantu

    1. Hernee Nazir

      20/03/2018 at 5:41 pm

      hahaha sedap woooo

  • Hans

    13/03/2018 at 3:43 pm

    Wow
    nampak warna kuah tu sedap

    1. Hernee Nazir

      20/03/2018 at 5:34 pm

      hehehe sedap sangat ekekeke

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: