Riadah Petang di Sireh Park, Iskandar Puteri

20180225_191356

Riadah petang Ahad kami sekeluarga di Sireh Park, Iskandar Puteri. Ini adalah kali pertam kami ke sini. Sebelum ni tengok kekawan je duk check in kat sini. Hari ni turn kami pula ya. Lokasi Sireh Park ni berhampiran Horizon Hill dan Taman Nusa Idaman, Bukit Indah.

20180225_181844

Memasing semangat nak jogging hahaha.

20180225_181945

Termasuklah budak cenonit itu.

20180225_181950

Tu ha lagi jauh meninggalkan Ummi.

20180225_191252

20180225_181956

Toleh kiri toleh kanan, ehhh menarik sungguh lanskap di Sireh Park ni. Sireh Park ini adalah sebuah taman awam kategori taman wilayah yang memiliki keluasan 343 ekar. Ianya dibangunkan sebagai sebuah taman warisan semula jadi bertaraf dunia.

Antara kemudahan dan fasiliti taman ini ialah ruang taman yang padat dengan koleksi flora dan fauna serta warisan biodiversiti tempatan, kawasan lapang tapak ekspo dan pameran serta ruang dan kemudahan untuk riadah dan rekreasi.

Jom kita tengok lanskap menarik bagi setiap daerah di negeri Johor.

20180225_182112

Orang Batu Pahat posing depan lanskap Majlis Perbandaran Batu Pahat.

 

20180225_182121

Lanskap Majlis Daerah Tangkak.

20180225_182134

20180225_183331

Doodle cantik Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang. Ummi pantang nampak doodle mesti nak bergambar walaupun bukan orang Pengerang ekeke.

20180225_182143

Lanskap Majlis Perbandaran Muar. Kata Mak Wee macam rumah Mok Wan. Rindu dengan nenek dia la tu hehehe.

20180225_182201

Lanskap Majlis Daerah Mersing.

20180225_182209

Lanskap Majlis Perbandaran Kulai.

20180225_182217

20180225_183049

Lanskap Majlis Perbandaran Pasir Gudang bersama dua orang model ketot hehe.

20180225_182231

Lanskap Majlis Daerah Simpang Renggam.

20180225_182248

20180225_182514

Lanskap Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bersama dutanya Puteri Zulaikha dan anak buah kesayangan Ilham Syamil.

20180225_182532

Lanskap Majlis Daerah Labis.

20180225_182554

20180225_182837

Ada model terselit lagi kat sini.

20180225_182542

Lanskap Majlis Daerah Kota Tinggi.

20180225_182627

20180225_182633

Lanskap Majlis Daerah Pontian.

20180225_183251

Ada budak tu teringin nak bergayut kat tali tu tapi takut-takut hahaha. Puas meronda kat sekitar lanskap setiap daerah, rupanya ada dua daerah yang Ummi terlupa snap. Ummi tercicir lanskap Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Daerah Kluang. Almaklumlah busy mengjar bebudak. Nak hiking and jogging pun bergilir dengan Babah.

20180225_184817

Ok now, it’s my turn. Babah tolong jaga anak-anak Ummi dan Mommy nak meneroka Sireh Park kejap.

20180225_184937

20180225_184944

20180225_184951
20180225_185042

Dah sampai atas bukit.

20180225_185237

Kembang kuncup hidung Ummi. Bukit tak lah tinggi mana. Oleh kerana badan dah tak fit rasa mencungap. Nasib baiklah tak bawa bebudak tu semua. Kalau tak Ummi memang surrender la nak turun lagi. Memang Ummi bergolek je jawabnya hahaha.

20180225_185005

Partner memanjat bukit. Ehhhh tabik springlah kekawan yang stamina power hiking gunung ke gunung. Mak semput nak mendaki bukit rendah ni ekekeke. Lepas ke kawasan ni kami terjah bumit sebelah pula. Dari atas nampak Babah tengah melayan bebudak kat bawah. Teruslah ajak Mommy Ngah turun lagi pun dah nak beransur senja.

20180225_191223

20180225_191227

Fefeeling anak tiga haha.

20180225_191434

Suka memasing dapat bebas berlari ke sana sini.

20180225_192347

Oh ya, kat sini bukan saja korang boleh hiking dan joging tau, korang juga boleh sewa basikal dan ATV. ATV ni Mama Cu dan Uncle Cu sewa RM60 untuk setengah jam kot tak silap. Harga sewa basikal tu tak pasti pula.

20180225_192425

Nahhh semua sibuk nak bergambar dengan Mama Cu dan Uncle Cu. Settled keluar peluh kami pun bergegas balik ke rumah. Hari dah makin gelap.

sireh park.png

LOKASI SIREH PARK

<

p style=”text-align: justify”>Ok ni lokasi Sireh Park bagi korang yang nak beriadah kat sini. Memang sesuai untuk seisi keluarga. Insha Allah panjang umur, ada masa terluang nak ajak Babah dan The Ilhams ke sini lagi. Tak lupa Mommy Ngah dan Mak Wee.

Share this nice post:

4 Replies to “Riadah Petang di Sireh Park, Iskandar Puteri”

  1. Amboi sakan sekarang beriadah. Nak kurus camana lagi tuuuu.

    Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

    1. dah mok2 ni yul oiii

  2. Menarik juga tempat riadah ni

Leave a Reply