Dilema Ummi Nak Slim

HN Weight Loss Journey

Inilah dilema Ummi yang gigih nak slim (cekonon). Bila Ummi malas bersenam dia bebel. Dia yang dimaksudkan ialah Adik Syamil.

“Ummi bila Ummi nak BERSENANG? (baca: BERSENAM).. cepatlah bersenang nanti macamana Ummi nak kurus”

20180224_105954

Tapi bila Ummi dah bentang exercise mat ni dia pula yang sibuk bergolek sama. Nak “senang” juga kata dia.

20180224_110409

Nampak tak dia sabotaj Ummi. Haisyhhhh geram.

Malam semalam dia meraung nak ngempeng. Ummi ni exercise ringan-ringan la di malam hari sambil berbengkung bagai. Ummi saja nyakat dia.

“Adik tak boleh susu eh.. Ummi dah pakai bengkung ni.. dah tak boleh buka”

Terus dia meraung nangis..

“Ummi jangan lah pakai.. Ummi janganlah kurus.. Ummi jangan kurusssssss.. kalau kurus nanti Ummi tak hebat”

Wooowwww!

Rupa-rupanya anak-anak Ummi mengagumi Ummi yang bersaiz L berbanding Ummi yang bersaiz M kahkahkah. Kenapa Ummi nampak sado sangat ke? Haisyhhhh makin bersemangat Ummi nak slim macam ni. Tercabar dek kata-kata Syamil.

Abang Ilham punya ayat lagi la..

“Ummi kena kurus.. Ummi jangan jadi gemuk macam M**my”

Hahahahah memang berdesing telinga Mommy dengar statement Ilham. Lepas tu dia lekapkan telingan kat perut Ummi. Sambil tanya..

“Perut Ummi ni ada baby ke?”

Ummi jawab, “Tak de lah.. ada babat je”

“Apa?? ada babap?” (baca: babat) oooo.. ada baby babap eh Ummi?”

Kot ye pun teringin nak tambah adik, jangan la sampai babat Ummi pun nak jadi baby hahaha. Oklah anak-anak Ummi, korang doakanlah Ummi istiqomah jaga pengambilan makanan harian Ummi ni. Doa la Ummi awak ni rajin bersenam. Kalau tak Ummi punya babat makin tebal, silap-silap hari bulan korang pun tak kenal Ummi yang makin sado hahaha.

Related Posts

2 thoughts on “Dilema Ummi Nak Slim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!