7 Khasiat Kacang Edamame Untuk Kesihatan

Dari Dapur Hernee Nazir Info Sharing
7 Khasiat Kacang Edamame Untuk Kesihatan

7 Khasiat Kacang Edamame Untuk Kesihatan | Bagi korang yang biasa makan di Sushi King, mesti korang tahu apa dia Edamame ni kan? Haaaa Ummi pun salah seorang peminat kacang ni tau. Hari tu pernah berbual dengan geng Jumaat mana nak dapat kacang ni. Kebetulan Kak Leen pernah beli dia pun share la cerita. Masa belanja barang dapur di Mydin, mata Ummi melilau mencari kacang ni. Dannnnnnn akhirnya berjumpa. Ummi grab sebungkus Edamame jenama Ameera. Sedap lemak-lemak manis gitu kan. Kena ikuti arahan mudah untuk penyediaan. Tak susah mana pun.

7 Khasiat Kacang Edamame Untuk Kesihatan

Bagus tau kalau amalkan makan Edamame ni. Kacang ni mempunyai kandungan protein yang tinggi. Antara khasiat kacang Edamame untuk kesihatan adalah seperti berikut:

  1. Menguatkan tulang
  2. Meningkatkan imunisasi badan
  3. Mengurangkan risiko menopause
  4. Melancarkan pencernaan
  5. Mencegah kanser
  6. Mencegah penyakit jantung dan darah tinggi
  7. Membantu pembekuan darah

Cara-cara Penyediaan Edamame

7 Khasiat Kacang Edamame Untuk Kesihatan

Keluarkan Edamame dari peti sejuk.

7 Khasiat Kacang Edamame Untuk Kesihatan

Rendam dalam air panas dan pastikan semua bahagian tenggelam.

7 Khasiat Kacang Edamame Untuk Kesihatan

Kemudian tutupkan bekas seketika dalm 5- 10 minit.

7 Khasiat Kacang Edamame Untuk Kesihatan

Taraaaaa.. sedia untuk di makan. Ngappp..ngappp.. Sila buang kulit ya. Jangan suka-suka makan dengan kulit kang tercekik tanggung sendiri hehe. Ok, nanti nak beli lagi buat stok kat rumah. Syok wooo kunyah Edamame ni. Ummi jadikan sebagai snack untuk petang.

Korang nak cuba boleh la cari di pasaraya berdekatan ya. Kalau malas nak beli dan sediakan sendiri (walaupun senang!), sila melabur sedikit di Sushi King ekekeke. (Iklan tak berbayar untuk Sushi King.. kalau boss SK terbaca sila belanja Ummi masa Bonanza RM3 nanti sekurang-kurangnya 10 plates) hahahaha. Dah jangan kecur pergi beli sekarang.

Dulu-dulu Ummi makan dengan Babah je. Inatkan anak-anak tak suka kacang Edamame ni. Eh lama-lama diroang pun jadi suka. Abang Ilham beriya la ingat kacang Edamame ni petai hahaha. Aduyaiiii bukan petai nak oi. Tapi serious memang sedap kan. Kalau kat Sushi King tu makan berpiring-piring pun tak sedar hehehe melampau sangat.

Jom subscribe YouTube channel Ummi >> Hernee Nazir Channel

Loading

Related Posts

6 thoughts on “7 Khasiat Kacang Edamame Untuk Kesihatan

  1. Whoaa, ada eh…
    tak biasa makan sushi king, cuma hari tu review restoran makanan jepun…….ada makan benda ni…boleh tahan sedap..hehee

  2. aku paling suka kacang ni..hari tu nampak kat 7E kacang ni pun diorang ada jual…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!