Riadah Pagi 240218

HN Weight Loss Journey

Riadah Pagi 240218 | Seperti yang dirancang bersama Mommy Ngah, pagi ni kami nak jogging sama-sama. Sejak Ummi punya menu sihat menjadi kelaut pertengahan tahun 2016, sampai la ni berat Ummi kemain cantik grafnya. Menaiiiiiiiikkkkkkkk dan tak reti turun hahaha. Makan tak ingat dunia betul. Bila badan dah makin berat ni memacam la rasa sakit sana sini. Lepas Subuh, Ummi jogging sesorang ke kawasan pangsapuri, jumpa Mommy Ngah dan seterusnya menuju ke Jalan Juragan jumpa Gegirl dan Kak Susie.

Lepas ronda keliling taman, kami singgah court netball di halaman Masjid Al-Irsyad. Sambung lagi lari keliling court. Dah lama juga tak turun main netball. Kalau tak ada juga la aktiviti petang-petang kasi bergegar lemak tu jangan jadi tepu sangat hahaha.

Riadah Pagi 240218

Alhamdulillah, dapatlah lari 6.26km semalam walaupun sekadar kawasan taman perumahan. Better than Ummi sambung tidur lepas Subuh kan. Mudah-mudahan istiqomah.

Samsung Health kata Ummi dapat bakar kalori sebanyak 348 kcal. Mudah-mudahan banyak lagi yang terbakar hehehe.

Petang ni kalau tak ada aral melintang, nak ke Sireh Park dengan Mommy Ngah. Memang tak pernah lagi ke sana. Nak try lari-lari anak kat sana ekekeke.

My latest weight loss journey>> FROM FLAB TO FAB

Loading

Related Posts

One thought on “Riadah Pagi 240218

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!