Family's Birthday, Foods Review

Babah’s 38th Birthday Celebration at Route 52 Bistro JB

20180209_213631

Babah’s 38th birthday celebration 9 Feb 2018 yang lepas. Last year Ummi gabung dengan birthday Syamil, celebrate kat rumah. Tahun ni keluar makan empat beranak. Sebenarnya Ummi ketandusan idea nak dinner kat mana. Beberapa hari sebelum date nya Capt Haji ada cadangkan lokasi nak kami nak lunch satu section di Route 52 Bistro. Sekali check operating hours petang. Terus la Ummi terfikir, kalau gitu baik Ummi celebrate birthday Babah kat sini hehehe.

20180209_203011

Selama ni tak perasan lokasi Route 52 ni. Padahal dari highway pesisir pantai tu nampak rupanya. Feedback dari Capt Haji dan Kak Leen yang pernah menjamu selera di sini nampak positif. Sedap katanya. Jom kita cuba.

20180209_203947

Keep Calm & Eat Thai Food katanya hehe. Ummi dan Babah kalau nak pilih lokasi makan kena cari yang sesuai dengan The Ilhams ni. Kalau Thai Food, ada tomyam bagai tu dorang suka la.

20180209_204220

Kena paksa bergambar tu hehehe.

20180209_204438

Sementara menunggu makanan yang di order, kita snap sana sini.

20180209_204534

Kreatif owner cafe ni, ada rumah hobbit di hujung kawasan tanah ni.

20180209_204609

Sempatlah Ummi ajak The Ilhams jengah ke sini kejap.

20180209_204645

Yang sorang nak main-main lagi. Yang sorang tak nak.

20180209_204911

Sebelum makanan sampai Ummi snap gambar Babah dengan pesanan “Birthday boy tak boleh marah eh kena paksa bergambar.. kena redho je dan senyum hehe”. Kek tak ada, nak ajak singgah beli Babah kata tak payah. Sebenarnya sampai la ni Ummi tak bagi hadiah lagi. Tandus idea nak beli hadiah apa hehehe.

20180209_204832

Air Ummi, rosemary ice lemon tea RM4.50. Air Babah, fresh orange RM4.50. Sedap tau air Ummi tu.

20180209_204937

Tomyam Merah Udang RM27. Memang meriah udangnya. Sedap!

20180209_205053

Kerabu mangga pun sedap, siap ada udang atasnya. Satu set RM12.90

20180209_205243

Asparagus Udang RM9.90.

20180209_205429

Ikan Siakap 3 rasa RM49.90. Sedap gila sos 3 rasanya tu. Memang cukup rasa.

20180209_212109

Pencuci mulut katanya, pulut mangga. Satu set RM12.90. Alhamdulillah kenyang perut empat beranak. Pulut mangga ni biasa je rasanya tak pasti macam ada yang kurang. Overall, tetap licin kami bedal hehehe memang sedap menu kat sini. Patutlah ramai orang singgah hehehe. Next time boleh try lagi. Ummi suka tengok tang sinki. Kreatif betul sinkinya dari tayar dan paipnya hose pam minyak tu. Ehhh apa macam terbalik ayat Ummi ni. Ilham pun kepelikkan dan tanya Ummi kenapa benda tu ada kat situ hehehe. Bila Ummi terangkan ini cara kreatif nak buat sinki baru dia faham. (harap faham la kan hehehe).

Korang yang kebingungan nak makan sedap kat mana area JB ni, boleh la cuba di Route 52 Bistro ni ya. One of the viral cafe kat JB. Boleh refer address kat bawah ni. Sebelum Ummi datang memang Ummi call awal-awal nak konfemkan buka ke tak.

ROUTE 52 BISTRO

Alamat:
No. 55, Jalan Kassim, Lot 983, Kampung Sungai Danga, off Iskandar Coastal Highway
Johor Bahru 81200

No. Telefon:
019-839 0065

Waktu Operasi:
5:00 PM – 12:00 AM

Share this nice post:
Tagged , ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *