Mak

13 Februari Dalam Kenangan

Hari ni birthday arwah mak.. tetiba Ilham jumpa gambar ni kat rak buku. Macam tahu-tahu je kan.

Ilham tanya Ummi, “Ni gambar siapa ni Ummi?”.

“Ilham tak kenal ke? Itukan Ummi, Tok Ayah dengan Nenek”

“Aah la Ilham tak kenal”

Ok fine. Mak awak selim sangat dan muda sangat masa ni.

“Itu Nenek, mak Ummi tapi dia dah meninggal.. hari ni hari lahir dia tau”

The Ilhams buat muka sedih. Syamil menyampuk.

“Kesian Ummi.. Ummi dah takde mak” sambil mencebik tanda simpati pada Ummi.

Aduhaii dik.. bergenang air mata Ummi dengar. Sedih Ummi teringat Nenek. Terus juga Ummi terbayang, macamana korang nanti kalau Ummi dah tak ada.

Dah la tak sanggup fikiran Ummi nak menerawang lagi jauh. Makin sedih jadinya. Dari kita bersedih baik kita sedekahkan Nenek dengan Al-Fatihah.

AL-FATIHAH BUAT BONDA HAJAH KASMAH BINTI DAUD.. 13 FEBUARI HANYA TINGGAL KENANGAN..

Semoga mak ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. syurga buatmu mak.. semoga kita sekeluarga ditemukan semula di sana.. rasa rindu tu tak boleh nak dikata.. rasa disiat-siat hati pedihnya.. rasa nak peluk mak tapi apakan daya Allah lebih sayang mak.. satu hari nanti kami juga menyusul.. entah esok atau lusa.. we love you mak!! 😭😭😭😭😭

Share this nice post:

Comments

comments

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: