Ronda-ronda Sunway Citrine Hub, Iskandar Puteri

Jalan²

Hari ni rehat dua jam, kami meronda ke Sunway Citrine Hub, Sunway Iskandar. Sebenarnya gambar atas ni Noni snap masa hari opening dua minggu lepas. Kami mampu pusing depan building ni je, sebab membayangkan orang ramai terus cancel. Hari ni bila Kak Leen sebut je, terus plan ke sini.

Masih banyak lagi lot-lot kedai yang kosong. Ummi aim nak jengah Mr. DIY dan Jaya Grocer je hahaha. Oleh kerana kami tahu ada Old Town White Coffee kat sini, jadi memang plan makan kat sini terus la bersama tetamu jauh yang rindu sangat dengan kami ekekeke.

Old Town White Coffee terletak di ground floor Lot G-11. Ada restoran lain tapi nama agak kurang familiar jadi tak yakin nak ke sana hehehe. Ada juga list-list restoran yang bakal-bakal dibuka. Lupa nak snap.

Peminat-peminat Jaya Grocer bolehlah membeli belah kat sini ya.. Dibuka dari 8.30 pagi hingga 10.00 malam. Kami tak sempat masuk tadi, sebab jam dah pukul 2.30 petang. Tak pe tak lari Jaya Grocer dikejar.

Ada juga 7-Eleven di ground floor bersebelahan dengan Old Town White Coffee.

Part ni best.. hahaha. Pantang nampak Mr. DIY. Korang boleh cari di 1st floor. Berhadapan dengan escalator. Outlet sini besar tau, memang banyak barang. Korang boleh bershopping dengan aman damai sebab tak ramai orang.

Get ready Ummi nak terjah satu lorong ke satu lorong hahaha.

Puas dah Ummi pejam mata tak nak beli apa-apa. Tapi tewas. TERbeli juga.

Sempat juga ke toilet selevel dengan Mr. DIY.

Nampak tubanyak lagi kedai-kedai kosong. Kalau dah banyak meriah sikit kot ahaha. Next time ronda-ronda lagi kot la ada kedai-kedai yang menarik perhatian lagi heheh.

map sunway citrine hub.jpg

Ni map kalau korang nak mencari mana lokasi Sunway Citrine Hub ni. Memang jauh ke dalam. Almaklumlah kawasan baru diterokai hehe. Gelang Patah dulu bukanlah yang sekarang ok. Gelang Patah dulu banyak hutan, kelapa sawit dan pokok getah. Sekarang dah transform jadi bangunan tinggi-tinggi pencakar langit. Ehhh ras seram pula hahaha. Ok selamat menerokai sebahagian kawasan Gelang Patah aka Iskandar Puteri.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!