DDHN – Menu of The Day 010218

02/02/2018

Menu malam tadi setelah Ummi mengalami fasa kebuntuan tak tahu nak masak apa. Ummi beli je ayam sekor sambil-sambil fikir menu. Tup-tup dapat message dari ex-classmate Ummi masa di UiTM tanya pasal menu asam pedas bersantan. Pepandai je bagi nama. Tak tahu menu ni nama apa, Ayam Lemak Pedas pun ok juga kot hahaha. Lepas borak-borak, Ummi pun tetiba rasa nak masak menu yang sama hahaha. Sebab rasanya mudah dan ringkas. Menu favourite kami adik beradik masa kecil-kecil, arwah mak suka masak. Macamana masaknya? Korang buat je bahan masak asam pedas (halia, kunyit, bawang besar/merah, bawang putih), tumis semua, masuk masukkan ayam, air asam cair-cair dan masukkan serai. Bila ayam dah empuk, masukkan santan pekat. Jerang kejap dan sedia untuk dimakan. Abaikan serai Ummi yang kemain panjang tu hahaha.

Menu kedua, kacang panjang dan carrot goreng berencahkan udang. Tapi nampak macam udang yang berencahkan kacang panjang hahaha.

Akhir sekaki, buah mangga sebagai dessert ehehe. Ummi beli sebiji kat kedai Acheh. Saja ambil yang mengkal-mengkal sikit. Itu je lah menu kami, budak berdua tu repeat makan lagi pukul 1 am. Tu lah siapa suruh tidur lambat, kan dah lapar.

p/s Bila mood Ummi rajin nak snap gambar masak dan rajin update blog macam ni la. Kalau datang malasnya, gambar beratur tapi satu pun tak gerak hehe. Ini semua sebab alexa rank dah kelaut, baru muncul rasa insaf hahaha.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: