The Ilhams & Gerhana Bulan Penuh (31 Januari 2018)

Cerita malam tadi. Pastinya korang pun macam kami kan ternanti-nanti detik gerhana bulan penuh. Ummi kat dapur pun masak sambil tengok live update dari Johor Astronomy Club (JAC) tau sebab dalam pukul 7 lebih tu hujan sikit. Dah cakap dengan Ilham, macam nak hujan macamana nak tengok gerhana bulan. Sekali dia jawab “Takpe Ummi, kita tengok esok”. Adoiii esok bulan dah tak gerhana nak oii.

Kredit gambar hasil cerapan gerhana bulan penuh (Total Full Moon Eclipse) oleh Uncle Nazam & team JAC di Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Ini kami anak beranak skodeng gerhana bulan dari depan rumah. Toleh kiri toleh kanan eh kita empat beranak je yang over hahaha. The Ilhams excited nak tengok bulan, kalau join Uncle Nazam konfem super duper excited.

Tengah duk kat luar tu keluar la jiran depan hehe. Ummi sebenarnya tengah goreng roti canai hahaha. Sanggup stop lepas goreng roti canai ke lima sebab suara-suara kecil tu beriya ajak Ummi tengok moon.

Kita tak ada teleskop kita tengok jek la dari jauh ya. Itu pun dah cukup bersyukur diberi kesempatan menyaksikan salah satu tanda kebesaran Allah S.W.T. Rasa kerdil sangat diri ni lagi-lagi bila dengar azan Isyak berkumandang. Subhanallah. Allahuakbar.

Bila Ummi terangkan tentang fenomena gerhana bulan ni pada The Ilhams muncul memacam soalan. Bila Ummi tunjuk bulan yang kemerah-merahan bertambah lagi soalan bila bulan tu nak jadi hijau, biru bla bla bla. Ok Ummi belum cukup ilmu lagi nak olah ayat haha. Dia nak bulan tu jadi warna pelangi.. ohhh anak. Nasib baik Ummi tak jadi “mak ko hijau” hahaha. Ini semua Allah punya kuasa nanti kita gali ilmu lagi. Ilham siap berangan pakai teropong dia yang secoet tu hehehe.


Dah habis fasa gerhana bulan penuh. Kami pun masuk dalam rumah. Alhamdulillah dapat juga The Ilhams tengok fenomena ni kan. Semoga diberi kesempatan untuk menyaksikan lagi kejadian-kejadian alam sebagai tanda kebesaranNya.
Korang nak tengok update tentang cik bulan boleh follow page JOHOR ASTRONOMY CLUB ya.

Share this nice post:

2 Replies to “The Ilhams & Gerhana Bulan Penuh (31 Januari 2018)”

  1. assalamualaikum hernee….kalau tengok kat tempat dia mesti bestkan…

  2. waalaikumussalam ma..aah tu la..kawan kita ni ajak ke tg, balau..tapi weekdays kan keje budak sekolah..

Leave a Reply