Membeli-belah di Mr.DIY Senggarang

WhatsApp Image 2018-01-03 at 1.59.46 PM

Cerita balik kampung tahun lepas. Ehhh macam lama sangat bunyi tahun lepas tu hehe. Cerita bulan 12 la yang tertangguh. Sebelum berdezup balik ke Gelang Patah, sempat la Ummi singgah new Mr. DIY outlet kat Pekan Senggarang tu.

Memang ada hajat besar pun nak menyinggah ke sini. Selebihnya saja nak merasmikan Mr. DIY kat kampung Babah hahaha. Excited Senggarang semakin maju ekeke. ummi je yang turun sorang. Hero-hero stay dalam kereta dengan Babah. Kalau semua turun dari 15 minit mungkin jadi 30 minit sambil muka Ummi jadi pelangi hahaha.diri

20171231_212309

Hasil meronda seorang diri dalam Mr. DIY, sambar 1 set lunch box, 1 lunch box bag, bekas garam, serbuk kunyit tu, selotape, berus, pelapik iron board (yang salah saiz tu hahaha) dan 2 plastik container untuk isi stokin dan pakaian-pakaian kecil hehe. Lunch box tu baru hari Isnin lepas penutup jahanam dikerjakan dek Abang Ilham hmmmm. Yang lain masih bertahan. Eh pagi tadi Ummi suruh Babah bawa bekal guna beg Abang Ilham tu tapi dia malu kahkahkah sanggup pakai beg lain. Eleeeehhh bukan warna pink pun. Apa la Babah ni. Malu beg ada gambar bear hahaha.

Nasiblah cakap dengan Babah sekejap je singgah. Kalau tak ada time limit mahu berjam-jam Ummi duduk dalam Mr. DIY tu. Haaa tunggulah lusa Mr. DIY Gelang Patah dah buka, kita survey apa yang best. Lepas ni balik Senggarang, boring-boring cuci mata kat Mr. DIY haha. Ehhh kemain die-hard-fans Mr. DIY lagi ek.

Ok orang Senggarang selamat bershopping barang-barang Mr. DIY ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Membeli-belah di Mr.DIY Senggarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *