Resipi Bulgogi Sedap & Egg Roll Mudah

Dari Dapur Hernee Nazir

Resipi Bulgogi Sedap & Egg Roll Mudah | Semalam punya projek masak. Malam Selasa Ummi dah siap-siap marinate daging dan bahan-bahan membuat bulgogi. Ummi konfiden buat sebab sebelum ni buat Babah makan laju je hehehe. Kalau dia tak berkenan konfem Ummi jarang nak repeat hehehe.

Ok jom masuk dapur!

RESEPI BULGOGI (Grilled Marinated Beef)

Resepi asal: https://ayachalo.com

Bahan-bahan:

  • 500g daging dihiris halus
  • 1/3 cawan Kicap Soya Cair ** Ummi pakai kicap biasa ekeke
  • 1/4 cawan Minyak Bijan
  • 4 ulas Bawang Putih dicincang
  • 1bj Bawang Besar, hiris dan bahagi 2
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit garam
  • Sesame seed – grill kejap guna microwave atau atas api pun boleh.
  • 2 batang carrot – hiris nipis.
  • Tambahan ikut suka Ummi – serbuk cili (3 sudu), cendawan shitake dan daun bawang

Cara memasak:

  1. Campurkan semua bahan kecuali carrot dan bawang besar (separuh): daging, kicap soya cair, minyak bijan, garlic, bawang besar hiris (separuh lagi), garam, gula, serbuk cili dan sesame seed (tinggalkan sikit untuk hiasan).
  2. Perapkan di peti ais selama 1-2 jam. **Ummi perap semalaman lagi meresap rasanya.
  3. Selepas diperap, masak (grill) sehingga masak.
  4. Sebelum angkat, masukkan hirisan carrot dan bawang tadi dan biarkan sehingga layu. **Ummi tambah cendawan shitake & daun bawang.
  5. Bila semua suda masak, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Taraaaaaa.. dah siap!!

Haaaa.. balut dengan daun salad dan ngapppppppppp.. Kunyah sambil pejam mata hehehe. Sambil prepare bahan-bahan untuk buat egg roll. Ini makanan acah-acah Korea versi Ummi Ilhams. Korang jangan compare dengan otai-otai masakan makanan Korea tau. Jauh sekali nak samakan dengan air tangan Puan Leen Halmeoni Kitchen hahaha. Ini Leen punya pasal la ni, dah lama tak open order. Kan Ummi kena masak sendiri hehehe.

RESEPI EGG ROLL MUDAH

Resepi asal: https://myilgi.blogspot.my

3 biji telur
1 tbs daun bawang (cincang halus)
1 tbs carrot (cincang halus)
garam

Cara-caranya:

  1. Masukkan daun bawang dan carrot ke dalam telur +garam..
  2. Kalau boleh, guna la non stick pan tak pon kuali leper.
  3. Panaskan kuali dengan api sederhana dan letak minyak sedikit.
  4. Tuangkan telur( dalam 1/3). Bila bahagian bawah dah masak sikit(ataupon kalau dah boleh angkat), lipat dalam 1inc. Teruskan lipat.
  5. Pastikan bahagian atas tak masak sangat (so nanti bila lipat melekat, senang nak potong)
  6. Bila dah sampai hujung, tuang lagi telur. Pastikan bersambung dgn sebelum nyer.. Gulung lagi dan biarkan sehingga masak. Angkat
  7. Biarkan sejuk dan potong.

3 biji telur yang dah dipecahkan.

Masukkan garam, carrot dan daun bawang. Dah masukkan baru teringat nak tapi si telur tu untuk dapatkan tekstur yang lagi lembut. Sudah terlambat hahahaha.

Kacau sebati. Nak juga tapis buat syarat hahaha. Gambar masa menggoreng sambil melipat tu lupa snap. Maklumlah nak lipatan telur cantik kekonon. Sudahnya kelaut hahaha. First time nak buat egg roll katanya hahaha.

Inilah kejadian egg roll Ummi Ilhams yang agak kurang kemas lipatannya. Kena buat lagi lepas ni sampai berjaya hahaha.

Bila dah siap-siap potong, tengok eh apesal kemain banyak saiz egg roll ni hahaha. Gasak la nak. Nanti masuk perut hancur juga jadinya. Boleh la tu kot. Babah tanya apa tu? hahahaha. Itu la egg roll orang Korea ekekeke. Ehhhh Ummi Babah makan lauk bulgogi dan egg roll kan.. The Ilhams makan apa? Hmmm ingat dorang nak layan ke lauk ni, dorang sah-sah la lauk lain. Atas persetujuan, Ummi masakkan dorang Ayam Yellow untuk kalo ke seratus lima puluh juta hahahaha. Alhamdulillah, happy tummy!!!

Korang yang nak cuba buat bulgogi dan egg roll try la resepi atas tu. Dijamin menjadi dan sedap. Sebelum ni Ummi guna resepi Eny Abdullah pun sedap juga. Boleh refer SINI.

Baca Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Related Posts

7 thoughts on “Resipi Bulgogi Sedap & Egg Roll Mudah

  1. assalamualaikum hernee….wah !! sedapnya ni…mama pun nak cuba resepi hernee ni juga la…anak2 mesti suka sbb die org pun suka mkn makanan Korea ni…

  2. puas cari..akhirnya berjumpa..dah buat nanti kita up sebab tak pernah rasa bulgogi…nak order dengan puan leen jauh katanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!