Breakfast Cempedak Goreng Dengan Tepung Goreng Pisang Adabi

30/01/2018

Dikeheningan pagi gigih la Ummi Ilhams menggoreng cempedak haha. Hari Ahad Momy Ngah offer beli cempedak siap buang kulit dari kawan dia. Seplastik RM8. Pagi Selasa baru Ummi gigih goreng. Semalam kekonon siap google resepi tepung goreng cempedak tersedap di dunia. Sekali balik kerja singgah kedai terus grab Tepung Goreng Pisang Adabi hahaha sebab ternampak kat situ sesuai goreng cempedak juga hahaha. Minta maaf jiran tetangga yang terhidu bau cempedak yang semerbak harum hehe.

Rasa macam Ummi tak pernah la guna tepung ni. Sedap juga rupanya hehehe. Bancuh dengan air jangan cair, biar pekat tambah garam. Masukkan cempedak dalam bancuhan, panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.

Dan hasilnya.. sebekas cempedak goreng untuk Babah dan sebekas lagi untuk Ummi bekalan ke office. Lunch box bawah tu bekalan Abang Ilham ke sekolah. Ummi dah level pemalas dah takde hias-hias bekal abang macam dulu. Konsepnya janji kenyang hahaha. Hari ni pakcik tu bekal nasi putih berlaukkan asam pedas ayam. Malam tadi Ummi masak lebih, sebab tahu mesti dia nak bekal lauk tu punya hehe.

Nahhh.. Ummi belanja gambar cempedak goreng. Ada baki sikit lagi kita goreng esok ke lusa ke hahaha. Dapatlah jamahkan kekawan sorang sikit. Ok, petang ni kita masak bulgogi pula. Ummi dah siap-siap marinate malam tadi. Nyumsssss.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: