Friday’s Lunch – Boat Noodle @ Teh O Ice 50 Cent Lagi & Lagi

Geng Jumaat

Ada orang cakap Ummi macam dah lama tak update blog. Ada la orang tu. Tapi Ummi rasa sebenarnya dia nak bagi hint yang muka dia dah lama tak masuk dalam blog Ummi ekekeke. Hari ni kami makan di Boat Noodle @ Teh O Ice 50 Cent lagi dan lagi. Nasiblah ada meja kosong. Dah try call nak booking meja, tapi lunch hour dorang dah tak layan dah booking ni hehehe. Ehhhh.. haus betul tengok gambar Thai Ice Tea tu hehehe.

Geng makan tak cukup korum. Kak Leen cuti hari ni.

Ummi dan Noni makan Boat Noodle Pishek. Mula-mula plan nak makan Boat Noodle Tomyum. Tetiba tukar pula, tomyam kita ambil yang small bowl je hehehe. Lepas tu kekenyangan sebab tamak. Eqa sorang je makan nasi kerabu pishek. Gambar malas nak snap sebab cahaya tak berapa nak cukup hahaha. Alasan!

Ada orang tu teringin nak makan pulut mangga tapi dia tanya-tanya Ummi pula hehehe. Sudahnya orderlah 1 set pulut mangga yang sedap dan lazat ni. Alhamdulillah kekenyangan dengan rezeki hari ini.

Hari ni kan sempena hari Jumaat yang mulia makcik-makcik ni ayu berbaju kurung hahaha. Buat pertama kali nampak Noni berbaju kurung menyahut cabaran dari Eqa hahaha. Ummi dah lama tak berbaju kurung. Sebab dah macam sarung nangka dah baju-baju kurung Ummi tu kahkahkah. Oklah, doakan Ummi mampu stay up malam ni nak settlekan entri-entri tertunggak hehe.

Related Posts

One thought on “Friday’s Lunch – Boat Noodle @ Teh O Ice 50 Cent Lagi & Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!