The Ilhams at IKEA Tebrau

The Ilhams at IKEA Tebrau

Cerita Sabtu lepas. Misi Ummi dan Babah mengemas dapur alhamdulillah berjaya. Sebenarnya kabinet sinki rumah kami tu memang dah tahap uzur. Kalau sekali kena hentak memang konfem roboh hahaha. Almaklumlah belum mampu nak buat permanent cabinet. Nak tayang gambar pun segan haha. Memang dah lama Ummi bagitahu Babah nak gantikan cabinet ni dengan mini kitchen yang Ummi survey dari katalog IKEA hehe. Tapi masih berkira-kira lagi la kekononnya.

Sekali syok Ummi mengemas, ada orang offer ajak ke IKEA. Wowwww.. terus laju Ummi mengemas haha. Thanks kabinet.. kalau kau tak roboh mungkin berzaman lagi Babah bawa Ummi pergi IKEA Tebrau tu hahaha. Sebab alasan dia.. “Alaaaa buat apa nak rebut-rebut.. bukan IKEA buka setahun je kat JB” hahaha. Ummi pun redho je, sebab memangtak ada apa yang urgent pun nak beli. Takut tershopping benda yang tak sepatutnya hahaha.

20180113_181847

Lepas Abang Ilham balik dari Kelas Jawi, kami bergegas empat beranak ke IKEA Tebrau. Ehhh.. tetiba rajin pula nak keluar rumah hujan-hujan ni kan haha. Musim sejuk Ummi suruh The Ilhams pakai sweater, sekali Ilham kata.. “Ummi kita ni nak pergi tempat salji ke?” Kahkahkah. Malaysia tak ada salji Ilham.

Dia tanya Ummi kita nak kemana. Bila Ummi kata nak ke IKEA. Dia kata “Oooo kita nak pergi KL eh?” hahahaha sekali sekali lagi. Yang dia tahu IKEA tu kat KL je hahaha.

20180113_183032

Bermulalah pengembaraan kami empat beranak ke dalam showroom IKEA.

20180113_183455

Tengok budak-budak over tu. Masih di dalam kawalan Ummi Babah tau. Dorang tak suka-suka kacau barang kat situ sebab Ummi punya speaker kuat jerit nama dorang hahaha.

20180113_183610

Cuci mata sambil cari idea mendeko rumah.

20180113_183732

Ok.. bunk bed ni dah masuk wishlist Ummi Babah untuk katil The Ilhams.

20180113_183821

Ada budak berangan nak meja study.

20180113_184348

Teruskan meronda.

20180113_184442

Suka tengok area ni.

20180113_184507

Ummi sempat jeling coffe table. Tapi jeling je la. Nanti kira bajet untuk gantikan coffe table kami yang dah pecah berderai.

20180113_184600

Setelah puas meronda, pelik tak jumpa sunnersta mini kitchen IKEA tu. Siap mintak staff kat situ carikan. Rupanya kena cari kat area Kitchen dan staff situ yang akan keluarkan invois. Babah kata jomlah makan dulu baru cari semula.

20180113_202547

Budak excited nak makan. Ehhh budak tu ke mak dia? hahaha.

20180113_202540

Dalam ramai-ramai manusia yang ada, akhirnya Ummi berjaya meloloskan diri membeli 2 set Sweedish Meatball, Chicken Wings dan Popia.

20180113_202605

Memang perut tengah lapar, jadi licinlah pinggan hahaha. Lepas isi perut, teruskan misi mencari sunnersta hahaha. Kekonon terus tuju area self service tu. Ahhhh padan muka, kena patah balik semula ke showroom kitchen. Babah dan Syamil stay situ, Ummi dan abang teruskan misi.

20180113_213840

Ummi kepelikan, kenapa kami terskip area kitchen kahkahkah. Bila cerita dengan Babah, Babah kata mesti masa tu tengah sibuk takut Ilham merayau ke lain sampai terlalu short cut.

20180113_213850

20180113_214328

Haiii lah geram tengok cabinet cantik-cantik.

20180113_213941

Akhirnya Ummi bertemu dengan sunnersta. Kat sini rupanya kau sembunyi ya. terus je Ummi dapatkan bantuan staff IKEA. Selagi tak jumpa barang nak beli, selagi tu Ilham bebelkan Ummi. “Ummi ni nak beli barang ke nak tengok-tengok je ni” Adoiii kemain pedas lagi statement hahaha.

20180113_214707

Budak sorang ni sempat lagi main. Dia kata nak jadi chef. Ummi beriya suruh letak barang-brang tu semua. Tapi staff IKEA kata takpe kak, memang letak situ untuk bagi budak-budak main. Lepas settled print out invois bagai, barulah kami mencari Babah dan Syamil semula untuk check out nak bayar dan collect si sunnersta hahaha. Kalau tak jumpa mini kitchen yang dicari, konfem Ilham bengang hahaha. Penat-penat meronda sampai kat kaunter bayar puppet dia berdua je jawabnya.

20180113_222257

Babah beratur di kaunter 25 untuk collect barang.

20180113_222306

Ummi duduk melepas lelah, kaki macam nak tercabut sambil perhatikan budak berdua tu mainlari-lari sana sini.

20180113_222848

Mission accomplished!! 1 set sunnersta mini kitchen bersama water trap untuk dipasang di rumah menggantikan kabinet uzur hahaha.

20180114_105536

Nahhhh bukti Kak Long dah sampai IKEA hahaha.

20180114_105510

Sempat lagi snap sekeping dua gambar sementara Babah ambil kereta. Fuhhhh memang kepenatan empat beranak. Dah pukul 10pm baru balik rumah. Terlewat sikit waktu tidur Abang Ilham tu. Nasib tak meragam hehehe. Itu saja cerita Ummi, Babah dan The Ilhams at IKEA Tebrau. Insha Allah ada masa kita ronda IKEA lagi. Nanti Ummi share dalam post lain gambar sunnersta dah siap pasang ya.

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 thoughts on “The Ilhams at IKEA Tebrau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: