Ilham Syahmi Di Hari Pertama Persekolahan 2018

My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Ilham Syahmi Di Hari Pertama Persekolahan 2018 | Alhamdulillah seminggu berlalu. Seminggu dah Abang Ilham jadi pelajar tahun 1. Seminggu juga ibu kena jadi cergas. Almaklumlah nak kena siapkan semua tugasan selepas balik kerja sebelum jam 10 malam. Abang Ilham kena masuk tidur awal untuk bagi dia cukup tidur dan rehat. Termasuklah Ummi dan Babah sekali yang perlu bangun awal untuk persiapan ke tempat kerja. Bermula 2018 Babah akan masuk kerja lebih awal sebab rutin menghantar Ilham ke sekolah dah jadi rutin harian Babah.

20180101_070010

Hari pertama, Ummi bekalkan donut 4 keping dan air masak (wajib!). Ini ikut permintaan si tuan punya badan la kan. Ummi tak snap pun gambar dia masa dah siap-siap berunform tu. Snap gambar beg je, saja nak tengok gambar beliau di akhir sesi persekolahan hari pertama ekeke. Hari pertama Ummi ambil annual leave untuk menguruskan anak soleh sorang ni. Pagi hujan renyai, terkedek-kedek Ummi dan Syamil hantar abang pergi sekolah, Babah dah ke office. Sampai pagar, Guru Besar, Peno

bd40ff99-c0b2-4b50-b439-1d13563f8c90

Ilham Syahmi Di Hari Pertama Persekolahan 2018

Gambar ni ihsan Mak Inda. Sempat dia skodeng Aidil dan Ilham dalam kelas. Waktu rehat, Mak Inda kata dia nampak Ilham beli mee hoon goreng kat kantin. Dia tanya Ilham, hari Ummi bekalkan apa. Ilham kata hari ni Ummi tak masak. Cissssss.. Padahal Ummi dah bekalkan donut. Dia boleh beli mee hoon pulak hahaha. Ummi memang ada bekalkan duit RM2 kekonon standby. Dia beli mee hoon RM1.

20180101_125805

Sampai je rumah, berbual dengan dia. Minta dia update apa aktiviti kat sekolah. Sekali dengan bangganya dia bercerita, pasal beli mee hoon kat kantin RM1 tu. Ummi tanya lagi RM1 buat apa? Kalau tak guna simpan dalam tabung. Dia jawab “Ilham beli tanah liat.. ada abang tu macam Mail dalam Upin Ipin jual tanah liat kat sekolah..” Nak gelak pun ada mendengarnya. Kemain lagi hari pertama sekolah dia dah beriya bershopping sakan. Excited agaknya dapat pegang duit sendiri.

Itu gambar selepas tamat sesi sekolah kebangsaan. Tali leher dah terkeluar landasan. Dah bukan dalam kolar baju lagi dah. Gasak la nak.

20180101_134652


Ini masa dah bersiap-siap nak ke sekolah agama. Ikutkan dia tak bagi Ummi snap gambar ni. Ummi cakap nak send kat Babah baru dia ok kejap. First day sekolah agama, Ilham masuk kelas 1 Jannatul Adnin. Ummi dan adik teman sampai kelas. Tak lama pun sebab dia dah start nak merengek suruh Ummi stay. Sorry abang, abang kena belajar dengan berdikari sikit-sikit ya. Lepas hantar Abang Ilham ke sekolah agama, Ummi ajak adik teman Ummi ke rumah Aunty Star Wars (read: Aunty Salwa) nak pick up barang Shaklee yang Ummi kirim dari dia.

20180101_142626

Inilah co-pilot Ummi seharian. Dia tak banyak kerenah. Dah penat sangat dia tidur je. Kesian la PA kecil Ummi sorang ni kan.

20180101_171738

Get Clean Fresh Laundry Concerntrate

Barang penting Ummi ambil dari rumah Aunty Salwa. Get Clean Fresh Laundry Concerntrate untuk membasuh baju sekolah Abang Ilham. Faham-faham je lah, baju putih kan. Hujung kaki seluar sekolah agam tu jangan ceritalah warnanya tiap kali balik sekolah hehehe. Dengan sabun Shaklee ni alhamdulillah membantu membersihkan pakaian sekolah Ilham.

20180101_171933

Nutriferon ni untuk Mak Wee. Nutriferon baik untuk memastikan fungsi sistem imun yang kuat. Almaklumlah dah mula sesi persekolahan, cuaca pun tak menentu boleh bersiap sedia meningkatkan sistem badan. Ehhhhh terpromote Shaklee pula hehe. Ini perkongsian ikhlas, sebab kami anak beranak memang penggemar tegar produk Shaklee.

20180101_173630
Sambung balik cerita The Ilhams. Budak cenonit ni ha teringin sangat nak sekolah. Lepas tu teringin sangat nak pakai tali leher abang. Ummi kasi can la. Dia bebel juga kenapa dia tak sekolah. Ummi suruh dia bersabar. Potty training pun tak settle lagi dik. Ngempeng pun belum stop lagi hehehe. Bulan ni insha Allah genap 3 tahun semoga dipermudahkan urusan Ummi nak wean off Syamil.

Ok, last but not least Ummi nak share ni untuk ibu ayah yang baru nak menghadapi situasi anak-anak mula bersekolah. Tips hantar anak ke sekolah. Ecehhhh cekonon. Bacalah!

Tips Hantar Anak Ke Sekolah

Tips senang, terutamanya untuk ibu ayah yang anak-anaknya baru pertama kali ke sekolah. Dah hantar anak-anak sampai ke pagar sekolah, sila hilangkan bayang-bayang ibu ayah dengan segera. Biarkan je dia dibawah kawalan cikgu. Kalau makin lama ditunggu memang anak-anak termasuk ibunya sekali akan bermain dengan emosi. Silap-silap anak ok ibu yang over meleleh air mata hehe. Doakan saja mudah-mudahan anak kita sentiasa dalam keadaan selamat. Tawakkal. Serahkan segalanya pada Allah. Dalam masa yang sama, kerapkan sedekahkan Al-Fatihah untuk anak kita.

Ok tak? Insha Allah semua baik-baik je 😉

Related Posts

One thought on “Ilham Syahmi Di Hari Pertama Persekolahan 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!