Majlis Ukhuwah Sekolah (MUS) Sekolah Agama Desa Paya Mengkuang

29/12/2017

Alkisah Majlis Ukhuwah Sekolah (MUS) Sekolah Agama Desa Paya Mengkuang yang berlangsung selama dua hari bermula 28 hinga 29 Disember 2017. Pada awalnya Ummi plan nak sama-sama dengan Babah untuk dengar taklimat sebelum sesi penyerahan anak ke MUS. Tapi kita hanya merancang, Ummi punya baki cuti sehari tu terpaksa digunakan masa adik kena tahan wad. Jadi Ummi dah tak aa cuti, Babah je la sorang yang handle Ilham.

Pagi tu dah bersiap pakai baju melayu, Ummi kekonon nak la snap gambar Ilham nak pergi sekolah. Sekali dia tak bagi daaaa. Pasghah Ummi tak dapat gambar buat modal update blog hahaha. Pesan dengan Babah nanti snap gambar Ilham kat sekolah.

IMG-20171229-WA0008

Sekali Ummi dapat gambar ni daaaaaa hahaha. Kemain melentok lagi cik abang ni ek. Cikgu bagi taklimat dia bantai tidur. Padahal malam dah kerah tidur awal.

IMG-20171229-WA0009

Nampak tu sampai susah nak buka mata. Bertuah punya anak. Lepas settled taklimat, Babah balik dan Ilham teruskan sesi MUS sehingga jam 12pm.

IMG-20171229-WA0010

Gambar ni ustazah kongsikan di group whatsapp. Ummi ingatkan dia tak ada. Babah kata ada tu kat belakang hehehe.

IMG-20171229-WA0006

Muka orang balik dari orientasi haha. Nampak gayanya Babah yang excited hahaha. Dengan tak ada perasaannya dia cerita kat Ummi dia tidur tadi kat sekolah. Cikgu tak marah pun. Adoiii la Ilham nak marah tapi nak gelak dengar. Suka hati dia je.

IMG-20171229-WA0007

Ini laporan Babah di hari kedua. Babah skodeng dari luar kelas. Babah send video nampak rupa dia tengah menguap hahaha. Sekali dia buat taktik badan tegak mata pejam daaaaaaa. Anak bertuah ni kan. Harap lepas ni jangan la duk mengantuk je dalam kelas ya Ilham. Dah syok cuti sebulan bangun lambat. Kita tengok esok versi sekolah kebangsaan pula. Tapi sekolah kebangsaan tak ada orientasi. Esok Ummi Babah bawa Abang Ilham untuk pembelian buku dan alat tulis je. Ok, sambung nanti ya kisah “Abang Ilham Masuk Darjah 1”. Babai!

Share this nice post:

1 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: