Persediaan Kembali Ke Sekolah ~ Abang Ilham Darjah 1

My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Persediaan Kembali Ke Sekolah ~ Abang Ilham Darjah 1 | Minggu lepas punya cerita, terpaksa skip cerita- cerita yang banyak tersangkut dalam draft. Ummi punya vitamin “M” banyak sangat ni. Dah overdose sampai malas update blog. Insha Allah 1 Januari 2018 nanti bermulalah sesi persekolah Abang Ilham. Macam tak percaya anak sulong Ummi dan Babah dah nak masuk darjah 1. Oleh kerana hari-hari tengok video klip iklan Bijak Segak Kembali Ke Sekolah Bersama Teso tu, jadi dia pun excited nak beli baju sekolah di Tesco.

 [youtube https://www.youtube.com/watch?v=jBujlDuVugs&w=560&h=315]

Video klip ni la yang dia berdua beradik duk menyanyi sambil berjoget kat rumah. Sampai Ummi pun dah terikut-ikut nyanyi hahaha. Kuat betul pengaruhnya hahaha. Maka hujung minggu tu kami ke Tesco Mutiara Rini dengan misi mencari keperluan sekolah Abang Ilham.

20171217_131746
20171217_131833

Sesi mencuba baju dan seluar sekolah kebangsaan. Masa cuba ni samplenya ada la saiz untuk Abang Ilham. Tapi bila minta stok dah habis katanya. Aduhaiii.

20171217_132336

Ok next pilih kasut pula. Abang Ilham nak kasut Batman. Babah layankan aje. Nasib ada saiz. Almaklumlah badan slim kaki pun halus.

20171217_132347

Mommy Ngah jadi mangsa join kitorang meronda cari keperluan sekolah hehe. Yang si kecil dalam troli tu mula-mula je duduk dalam troli. Lepas tu tengok Abang pilih barang dia pun sibuk.

20171217_131241

Rezeki Ummi jumpa junior UiTM Melaka. Kami sama-sama menginap di Kolej Camelia. Lama gila tak jumpa Eray. Sebenarnya friend je kat FB tu cuma tak selalu bersapa walau kami satu family dalam bisnes Shaklee hehe. Eray dan suami pun sibuk membeli keperluan anak-anak.

20171217_133103

Beg pilihan, beg Boboiboy. Nak beg naik kapal terbang katanya hahaha. Suka hatilah Ilham.

20171217_133142

Abang beli beg sekolah, dia pun nak juga. Sampai menangis merajuk aduhaii.

20171217_133754

Sudahnya Babah belikan juga beg untuk dia. Walaupun Syamil belum nak sekolah lagi.

20171217_141626

Puaslah hati buda cenonit tu dapat beg Star Wars.. botol air Star Wars.. macam dia yang nak sekolah hahaha. Alat tulis, pensel warna pun Ummi siap-siap beli kat sini je.

20171217_144411
20171217_144447

Babah belikan diorang jam sorang satu. Adik nak Superman.

20171217_145313

Abang pula nak Ninja Turtles.

20171217_145835

Babah singgah kat Sports Direct nak cari baju katanya. Kami menunggu di luar. Sambil tu sempat juga Ummi selit suruh belikan stokin hahahaha. Siap berbelanja di Tesco kami makan dulu, then ada appointment untuk check gigi Abang Ilham di Klinik Pergigian Medini, Taman Mutiara Mas. Nanti Ummi share cerita pengalaman pertama jumpa dentist hahaha. Seterusnya kami ke Mydin Anjung Iskandar Puteri meneruskan misi mencari baju dan seluar sekolah rendah. Ehhh kenapa jadi senget muka Syamil tu hahaha.

Persediaan Kembali Ke Sekolah ~ Abang Ilham Darjah 1

20171217_173929

Alhamdulillah akhirnya, uniform sekolah kebangsaan dan baju melayu sekolah agama kami beli di Mydin. Sila nyanyi lagu Mydin pulak ya Ilham hahaha. Seluar baju tu ngam-ngam je.

20171217_205516

Sampai rumah ada orang tu yang over kerja tarik beg ke hulu ke hilir. Bila Ummi cakap adik sekolah kat Tadika Opah je haha. Marah betul member tu. Dia kata dia nak sekolah PASTI.

wordswag_1514360030340

Tengok tu, sibuk Ummi suruh abang test uniform dia sibuk juga nak pakai unfirom PASTI abang hehehe. Suka hati la nak. Semangat nak pergi sekolah. Tahun depan adik masuk PASTI Ar-Rahman 1 ya.

Itulah serba sedikit persediaan Ummi Babah untuk sesi persekolahan nanti. Nanti Ummi share program orietasi sekolah agama, Majlis Ukhuwah Sekolah – Sekolah Agama Desa Paya Mengkuang sepanjang 2 hari ni ya. Ok till then, doakan Ummi rajin update blog sebab banyak pending draft tu hehe.

LIKE PAGE >> HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Persediaan Kembali Ke Sekolah ~ Abang Ilham Darjah 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!