Main Pasir Di Forest City

Cerita berminggu-minggu lepas. Oleh kerana dari bulan berapa hari tu Ummi janji nak ajak anak-anak main pasir pantai tak menjadi, jadi Ummi ajak main pasir kat Forest City je dulu ekeke.

20171105_182426

Suka la memasing main pasir.

20171105_182504

Main pasir boleh ya, jangan berenang sudah.

20171105_182641

Gasak le korang nak buat apa, jangan pegi jauh-jauh.

20171105_182720

Ada guard kat belakang pakai baju hitam tu hehehe

20171105_183025

Babah kata meh sini Babah ajar Ilham dan Syamil main ting-ting. Babah pun dengan konfidennya menconteng pasir buat teng-teng. Sekali Ummi tenung eh apesal lain macam ting-ting Babah ni ek? hahaha. Bukan ke ting-ting ada ruang separuh bulat yang dibahagi dua tulis S (Siang) dan M (Malam) hahaha. Sudahnya Ummi draw ting-ting yang kecil kat sebelah tu nak compare ting-ting Babah hahaha. Ternyata format ting-ting orang Batu Pahat berbeza dengan format ting-ting orang Gelang Patah kahkahkah.

20171105_182918

Apa pun good job Babah. Usaha yang bagus mengajar Ilham dan Syamil main ting-ting, permainan tradisional kita zaman kecil-kecil yang susah nak ditemui aktiviti ni sekarang.

20171105_183200

Abang main ting-ting dia cabut lari seorang ke lain.

20171105_184713

Sebelum balik sempatlah diorang main buai kejap. Adik dah terer main buai sekarang. Dah pandai seimbangkan badan duduk atas buai. Yeay! Dah lama Ilham merengek suruh Ummi ajak dia mandi kat swimming pool tu. Hmmmm nantilah Ummi fikir-fikirkan. Memang tak pernah bagi peluang diorang mandi kat situ, memandangkan Syamil tu bukan boleh suka suki berendam lagi la situ ramai orang mandi mandakan. Request Ilham akan Ummi pertimbangkan.

Petang ni insha Allah Ummi akan tunaikan janji nak main pasir. Desaru here we come!

Share this nice post:

One Reply to “Main Pasir Di Forest City”

  1. lama pulak tak main tingting ni kan..budak sekarang kalau tak diajar memang tak tau permainan lama ni

Leave a Reply