Melawat Tapak Forest City Golf Resort

04/12/2017

Tajuk nak gempak. Tak melawat tapaknya pun. Sekadar tengok pelan Forest City Golf resort je. Ni aktiviti tiga beranak masa Babah tak ada hari tu. Tempat paling senang la Ummi nak handle dua hero aktif ni. Mana lagi kalau bukan Forest City.

20171119_185712(0)

Nak suruh bergambar kat sini pun makan masa 5 minit tau. Dengan gaya yang macam-macam.. adegan tolak menolak haha. Sabar je lah. esok-esok korang dah besar panjang nak lagi ke jalan-jalan pimpin tangan dengan Ummi Babah ek.

20171119_191504

Nak suruh bergambar kat sini. Ummi pancing sebut nama Uncle Nazam berebut dua-dua posing gaya angkasawan tersesat hahaha.

20171119_191607

Inilah pelan pembangunan Forest City Golf Resort tu. Pelan ke? Ahhhh suka hati Ummi jek menyebut. Nampak gayanya kemain besar lagi golf resort ni. Makin ramailah pendatang asing ke kampung kami ni. Haisyhhh pasghah orang kampung demi pembangunan.

20171119_192142

Nah Ummi budak berangan bawa buggy golf cart.

20171119_19221820171119_192221

Sebelum balik, sempat lagi posing dengan zirafah. Gambar main-main kat playground Ummi malas nak bubuh sekali. Sama je, main buai.. main jongkang-jongkit.

20171119_192503

Ibu-ibu yang ke Forest City, yang kurang confident untuk nursing in public, jangan bimbang ya. Di sini ada disediakan bilik penyusuan bayi (nursing room) untuk memudahkan ibu-ibu menyusukan anak-anak. TQ Forest City kerana peka kepada keperluan ibu-ibu yang menyusukan anak.

 

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: