Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN – Menu of The Day 25 & 261117

 

Menu weekend lepas. Ummi pemalas sangat nak update blog. Aduhaiii.. nak stay up malam pun macam tak boleh nak buka mata. Jadi hari ni Ummi gigihkan juga untuk menaip entri ringkas.

Menu 251117

Sesampai je airport Babah dah request nak makan asam pedas. Alahai sian benor la. Ni baru seminggu, kalau berbulan-bulan konfem Babah kurus kering hahaha. Jadi Ummi pun gigih la masak asam pedas ayam.

Ni ikut tekak Ummi, peria goreng berencahka udang dan dipecahkan telur.

20171125_135127-01.jpeg

Oleh kerana ada baki sotong dalam peti sejuk, Ummi masak juga la hari Sabtu tu buat tambah-tambah lauk. Nanti biar lama-lama sotong tu tak elok pula. Sotong Ummi masak kunyit, bubuh lada hitam. Nyumssss.

Tambahan penyedap rasa penambah selera. Sambal ketuk versi Ummi Ilham. Ada orang tumbuk ikan bilisnya kan. Ummi biarkan ikan bilis tu rangup sebab Babah suka ikan bilis yang rangup krup krap hehehe. Ok itulah menu kami sempena kepulangan Babah ke rumah hehehe.

Menu 261117

Menu semalam, Babah kata nak makan ikan. Ummi pun dah pusing kepala nak fikir menu. Akhirnya Ummi suruh beli ikan apa-apa yang sesuai untuk dimasak kari. Babah beli ikan kaci seekor. Maka menu utama kami semalam Kari Ikan Kaci. Tambahan tomato dan bendi untuk dimasukkan ke dalam kari. Jadi tak payah Ummi masak sayur lain hehe.

Lauk tambahan, ayam goreng lumur kunyit garam je. Sebab ada masa hero-hero kecil tu tak nak makan ikan, jadi nak selamat Ummi goreng juga la ayam. Tapi nampak semalam laju je dorang bedal kari ikan hehehe. Alhamdulillah kenyang malam pun repeat lauk yang sama dengan tambahan ikan bilis goreng potong cili padi dan bawang. Hari ni masih berfikir-fikir nak masak apa. Bingung! hehe.

Share this nice post:

Comments

comments

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: