Ilham Learning Phase,  My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Majlis Ihtifal PASTI Ke-23 Kawasan Gelang Patah

20171111_083719

Cerita Majlis Ihtifal PASTI ke-23 Kawasan Gelang Patah pada 11 November 2017 yang lepas di Goodhope Hotel, Skudai. Alhamdulillah Abang Ilham dapat menamatkan sesi persekolahan di PASTI selama setahun. Majlis ni gabungan semua PASTI dalam kawasan Gelang Patah.

20171111_083142

Ummi, Babah dan Adik Syamil.. ikutkan hati Ummi nak duduk depan, sekali macam banyak dah penuh. Duduklah tengah-tengah nak tengok persembahan Abang Ilham dan kawan-kawan dengan jelas hahaha.

20171111_083346

Tengah duduk menunggu majlis bermula ternampak pula geng susu ibu, Kak Tie. Dah duduk sebelah tu haruslah berbual dan bergambarkan. Bukan senang nak jumpa mak buyong sorang ni. Ummi suka dengar gaya Kak Tie bercakap hehehe. Abaikan pipi pau Ummi tu memang dah tak boleh cover lagi hahaha.

20171111_084916

Ketibaan VIP ke majlis. Masa ni Abang Ilham jadi usherer bersama kawan-kawan yang lain. Tapi dia punya jalan kemain laju mengalahkan VIP. Tergelak je Ummi dan Babah tengok gaya dia.

20171111_085534

Persembahan pembukaan oleh anak-anak PASTI.

20171111_091052

20171111_092521

Ucapan dari dif-dif kehormat PASTI Kawasan Gelang Patah.

20171111_093713

Budak kecil ni dah mengantuk sebenarnya. Apa tidaknya pagi lagi Ummi dah kerah bangun.

20171111_094745

Chocolate bouquest untuk Abang Ilham walaupun dia tak makan hehehe.

20171111_100830

20171111_101419

Kan Ummi dah kata, Babah tepuk-tepuk terus belayar hehehe.

20171111_103240

20171111_103900

20171111_104313

Persembahan Solat Sunat Dhuha oleh Abang Ilham dan kawan-kawan 6 tahun dari PASTI Ar-Rahman 1, Kampung Ladang dibawah pimpinan Cikgu Akma, Cikgu Rozi dan Cikgu Nina. Alhamdulillah, terima kasih buat semua guru-guru PASTI. Mudah-mudahan anak-anak semua dapat mempraktikkannya di rumah dan menjadikan amalan seharian.

20171111_103430

Senarai nama graduan PASTI Ar-Rahman 1. Abang Ilham nama nombor 7 tu ha.

20171111_115232

20171111_115239

20171111_115240

20171111_115244

Sampailah masanya giliran Abang Ilham ke pentas untuk penyampaian sijil menamatkan sesi pembelajaran di PASTI tahun 2017. Alhamdulillah. Ummi Babah tak kisah pun Ilham apa keputusan periksa Ilham. Ilham dah boleh membaca, mengira, mengaji pun dah cukup bersyukur. Long way to go. 

20171111_120046

20171111_120126

Nak suruh posing tengok kamera pun susah.

20171111_115957

Apalagi nak posing tiga beranak mahu pun empat beranak.

20171111_120151

Ini lagi haru. Bergegar mata Ummi, Babah snap. Pasghah.

20171111_120215

Sudahnya Ummi buat keputusan wefie dengan Abang Ilham.

20171111_120540

Nak ajak gambar berempat pun tak menjadi hahaha. Gasak la nak.

20171111_120838

Lepas settled majlis kami terus hantar Babah yang nak join tournament volleyball pula. Alhamdulillah sempat juga Ummi Babah luangkan masa separuh hari untuk majlis ihtifal ni. 

Terima kasih buat semua guru-guru PASTI yang telah mendidik Muhammad Ilham Syahmi. Semoga Allah membalas jasa baik cikgu. Esok hari terakhir Abang Ilham di PASTI. Ummi pula yang sedih Abang Ilham sedih ke tak ek? Insha Allah tahun depan dah melangkah ke alam sekolah rendah. Semoga semuanya dipermudahkan.

Share this nice post:

Comments

comments

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: