Follow Up Check Up Ilham Syamil

09/11/2017

Follow up check up hero kecil Isnin lepas. Alhamdulillah budak cenonit ni dah beransur pulih. MAkin aktif, makin banyak mulut. Ada je jawapan dia hehehe.

20171030_143905

Menunggu giliran di kaunter pendaftaran.

20171030_144648

Ukur tinggi dan timbang. Alahai sian baru nak naik 10kg, dah turun sikit bila tak selera makan.

20171030_145231

Sampailah masa jumpa Dr. Terry. Alhamdulillah, doktor kata nampak ada perubahan. Bunyi nafas dah tak kasar macam hari tu. Tidur malam pun dah kurang sikit bunyi nafas dan dengkur. Doktor masih on ubat lagi berserta inhaler dan spray untuk hidung. Lupa pula namanya. Hujung bulan ni kita jumpa Dr. Terry lagi untuk next follow up check up. Harap Syamil terus sihat ye dik walaupun dua hari lepas ada demam 2 malam. Ummi doakan yang terbaik untuk adik.

Share this nice post:

1 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: