Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN–Menu of The Day 051117

 

Cerita menu semalam. Ya cerita semalam. Ummi ni tak tahu la kenapa “rajin” sangat nak update blog. Sindrom bila gambar dah banyak sangat dan banyak entri pending. Terus tahap kerajinan menurun. Ehhhh nak kena Ummi ni. Wake up! Banyak kerja sekolah tak siap lagi tu hoi.

Ok, minggu lepas Ummi banyak ponteng masak. Balik kerja terus training netball. Habis training dah kepenatan lalu malas memasak ekekeke. The Ilhams memang asyik mogok je la sebab Ummi tak masak. Geli hati pun ada bila masing-masing buat perangai sambil membebelkan mak dia ni. So semalam, Ummi bangkit memasak walaupun kaki Ummi sakit sebab main netball hahaha.

Taraaaa..

20171105_123028

 

Ayam red untuk hero-hero pojaan hati. Dia punya puji melambung macam Ummi berada di awang-awangan tak boleh nak turun bumi ok. Amboiii baiknya punya bodek Ummi ni. Sebelah ayam red, ikan bili sgoreng petai. Tapi Ummi dah janji dengan diri sendiri nak makan sesenduk nasi je, nasib petai tu tak goda Ummi.

20171105_142956

Dua jenis lauk lagi, ikan goreng dan sayur sawi masak air. Alhamdulillah kenyang anak beranak.

Petang kami menjengah ke The Arts Fest @ Bale Club Leisure Farm, santai makan pisang goreng dan bercanda di Forest City. Entri kemudian ya. One by one hehehe. Sekarang Ummi sedang menikmati cuti peristiwa sempena JDT menang Piala Malaysia. Tahniah JDT! Terima kasih Sultan Johor perkenankan cuti peristiwa untuk bangsa Johor semalam. Kami yang kerja swasta ni dapatlah cuti gantinya hari ni yeay! Sekejap lagi Ummi nak turun dapur, baru settled siapkan draft blogpost 500-700 patah perkataan. Ada 1 lagi draft kena siapkan untuk 1000 patah perkataan dan entri khas Kembara Bloggers Johor 2017 yang masih tertangguh. Fuhhhh, harap idea Ummi mencurah-curah la ya. Rasa macam ambil kertas Bahasa Melayu SPM dah ni ekekeke. Ok have a nice day uolls!

Share this nice post:

Comments

comments

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: