Makan²

Lunch Di Sushi King Bersama Babah & Syamil

Cerita lepas dari Syamil discharge wad hari tu. Kami ke AEON Bukit Indah sekejap Babah nak cari kasut. Lepas dapat kasut Babah, singgah kejap ke Sushi King. Aban Ilham sekolah masa ni, kalau dia tahu konfem frust hehe.

Buat pertama kali ajak Babah makan di Sushi King hehehe. Redho je pakcik ni dengan permintaan Ummi ni ekeke. Syamil pun layan je.

Ummi pilih Spicy Yakiniku Bento. Nyumssss sedap dan meyakinkan hehehe. Spicy pan-fried beef and vegetables in BBQ sauce served with edamame salad, vegetables, crab stick and tuna mayonnaise. Ok taip entri sambil terliur.

Babah pilih, Beef Agedashi Curry Set. Fried beancurd with pan-fried beef, mushrooms and cheese in curry. Sedap hoi. Nasiblah kau sedap kalau tak memang idok le Babah tu nak makan. Sebelum ni dia pernah cuba makan sikit-sikit kalau Ummi beli sushi. Set yang Babah pilih ni ada dalam  list menu promo The Chronicles of Sushi King Beef Specials. Promo dari 1st Oct – 31st Dec 2017.

Sushi King handpicked yang sempat di snap. Yang lain dah masuk mulut hahaha.

Chuka Lidako (Seasoned baby octopus)

Kani Tobikko

Sukiyaki Temaki

Bulan ni ada Bonanza RM3 tau untuk Sushi King Card Member. Ummi dah send gambar ni kat geng makan. Konfem kami serbu nanti hehehe. Save the date ya!

Ummi nak join contest ni. Kelayakan untuk join contest mestilah berbelanja RM50 ke atas dalam satu resit. Jom cuba nasib, mana tahu ada rezeki hehehe.

Share this nice post:

Comments

comments

2 thoughts on “Lunch Di Sushi King Bersama Babah & Syamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *