Legoland Malaysia Resort Taman Tema Pertama Di Asia | Lokasi ke empat kami bagi Kembara Bloggers Johor 2017 adalah ke Legoland Malaysia Resort. Siapa tak kenal Legoland kan. Salah satu daya tarikan pelancongan di negeri Johor sama ada dari pelancong dalam mahu pun luar negara seperti pelancong dari Singapura, Filipina, Indonesia, Hong Kong, China dan lain-lain lagi.
Legoland Malaysia Resort dibuka pada tahun 15 September 2012 merupakan taman tema yang pertama di Asia dan yang taman tema internasional pertama di Malaysia. Tarikan di Legoland Malaysia Resort terbahagi kepada tiga iaitu:
- Legoland Hotel
- Legoland Theme Park
- Legoland Water Park
Setiap tahun Legoland akan memastikan sesuatu kelainan yang baru bagi menarik minat pengunjung.
LEGOLAND HOTEL
Legoland Hotel adalah destinasi penginapan untuk percutian pilihan mereka yang ingin merasai keriangan di Legoland Theme Park dan Legoland Water Park. Ianya menjadi penginapan yang tidak dapat dilupakan untuk seisi keluarga. Bermula dari pintu masuk hotel, lobi hinggalah ke bilik tidur bertema Lego sepenuhnya. Antara bilik yang ditawarkan adalah Bilik Deluxe dan Suite yang boleh memuatkan sehingga 8 orang (Maksimum 4 orang dewasa setiap bilik). Semua bilik Standard dan Premium boleh memuatkan sehingga 5 orang (Maksimum 3 orang dewasa setiap bilik)
LEGOLAND THEME PARK
Antara aktiviti menarik di Legoland Theme Park adalah seperti berikut:
- The Beginning – Terdapat kedai cenderahati Big Shop, Mini Market & The Brick Shop yang menjual pelbagai barangan dan produk permainan Lego. Terdapat juga The Cafe yang menjual aneka makanan untuk pengunjung.
- Lego Technic – Aktiviti membina robot di Lego Mindstorms. menaiki Project X Roller Coaster dan Aquazone Wave Racers.
- Miniland – Bangunan mercu tanda dari seluruh Asia yang dibina dengan Lego Bricks contohnya Angkor Wat Kemboja, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Brunei, Johor Majestic Palace, KLIA, Putrajaya, Taj Mahal dan banyak lagi.
- Imagination – Aktiviti bermain lego yang mana anda boleh membina apa sahaja dan menguji binaan yang telah dibuat.
- Lego Kingdoms – Menyediakan permainan yang menarik seperti roller coaster (Dragon’s Apprentice & The Dragon), Merlin’s Challenge, Royal Joust, The Forestmen’s Hideout dan lain-lain lagi.
- Land Of Adventure – Kawasan pengembaraan dan permainan menarik yang disediakan di Lost Kingdom Adventure, Beetie Abounce,Dino Island dan Pharaoh’s Revenge.
- Lego City – Terdapat pelbagai permainan menarik yang disediakan untuk kanak-kanak contohnya Driving School, Junior Driving School, Boating School, Lego City Airport, Lego City Stage, Lego land Express, Market Restaurant, Rescue Academy, The Ship Yard etc.
- Lego Ninjago World – Anda berpeluang menjadi Master Spinjitzu dan meletakkan kemahiran ninja anda. Terdapat permainan Ninjago Rides, Sensei’s Shop dan Zane’s Temple Building.
- Lego Star Wars Miniland – Anda boleh melihat karakater kegemaran anda seperti Yoda, R2-D2, Darth Vader dan lagenda Sith Lords yang diperbuat dari blok-blok LEGO®.
- LEGO® Movie™ 4D – Menayangkan filem The Lego Movie pengembaran mmet, Wyldstyle, Unikitty, Benny dan MetalBeard.
Ummi sempat bergambar di depan stage Brick-Or-Treat 2017 sempena Halloween Brick-Or-Treat Carnival Celebrations.
Bersama Eda, Uyul dan Alja di hadapan kawasan The Beginning.
Sempat naik Technic Twister bersama geng-geng blogger yang lain sebelum kami semua pening-pening lalat hehe.
Gambar recycle semasa berada di Lego Academy.
Ke kawasan Miniland yang menempatkan bangunan mercu tanda di seluruh Asia yang diperbuat dari blok-blok Lego.
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunus, Larkin.
Istana Bukit Serene (gambar recycle)
Petronas Twin Towers (gambar recycle)
Lego Ninjago World.
Terdapat permainan Ninjago Rides, Sensei’s Shop dan Zane’s Temple Building.
Mencuba Ninjago Rides.
Ninjago Rides score. Yeay! Ummi menang.
Lego Star Wars Miniland
Mempunyai tujuh adegan dari enam filem Star Wars ™ dan siri animasi The Clone Wars ™ secara terperinci. Secara keseluruhannya, ianya mempunyai lebih daripada 2,000 model LEGO® yang dibina pada skala 1:20 menggunakan 1.5 juta bata LEGO®. Anda boleh melihat karakater kegemaran anda seperti Yoda, R2-D2, Darth Vader dan lagenda Sith Lords yang diperbuat dari blok-blok LEGO®.
Cantikkan, semuanya dibina menggunakan blok-blok lego. Teruja betul.
Semasa menonton Lego 4D Movie. Syok tau menonton 4D movie ni sebabnya, sambil tengok movie korang akan merasai effect angin, air, salji seperti dalam situasi sebenar.
Observation Tower
Korang boleh melihat keseluruhan kawasan Legoland Malaysia Resort dari pandangan atas 360 darjah. Syok tau masa berada di atas tu.
LEGOLAND WATER PARK
Korang yang nak enjoy mandi manda sambil bermain lego bolehlah ke Legoland Water Park. Memang sangat menyeronokkan. Legoland Water Park di bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Beach Grill, Brick Blaster, Brick Cafe, Build A Boat, Build A Raft River, DUPLO Splash Safari, Imagination Station, Joker Soaker, Lego Slide Racer, Lego Wave Pool, Red Rush, Splash ‘N Swirl, Surf Shop, Tidal Tube, Twin Chaser dan Wave Rider.
Walaupun masa singkat, kami enjoy ke Legoland Theme Park. Seterusnya Kembara Bloggers Johor 2017 meneruskan perjalanan ke Amari Hotel untuk penginapan hari pertama kami. Nantikan update seterusnya ya.
Korang boleh baca entri-entri yang lepas, aktiviti Ummi dan The Ilhams meronda Legoland Malaysia.
- Legoland – Lego Star Wars Special Parade
- Legoland 5th Brick-Versary | Theme Park
- Legoland 5th Brick-versary | Water Park
LEGOLAND MALAYSIA RESORT
Johor, Malaysia
Tel : +60 7-597 8888
Email : info@legoland.my
Koordinat: 1°25′36″N 103°37′43″E
Opening hours:
Theme Park | 10am – 6 pm
Water Park | 10am – 6 pm
Harga tiket Legoland Malaysia Resort:
1 Day Combo – RM196
1 Day Theme Park Ticket – RM156
1 Day Water Park Ticket – RM100
Jom baca entri KEMBARA BLOGGERS JOHOR 2017
>> Berakhirnya Kembara Bloggers Johor 2017 12 – 15 Oktober 2017
>> Sekilas Kembara Bloggers Johor 2017
>> Kampung Sungai Melayu – Eco Tourism Village
>> Ekspo Johor Berkemajuan 6 – 14 Oktober 2017
>> Puteri Harbour Family Theme Park – Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town
taman tema yang mengasyikkan
JanjiKita
assalamualaikum hernee…seronok betul baca cite hernee ni…Legoland tetap di hati…
Seronoknya, ni bukan anak je suka. Mak dia pun seronok masuk Legoland. Huhu ada tiket Free kena rancang pegi ni. Tq dear share.
Masih mencari Set Berpantang Terbaik ini boleh bantu ibu
hehehe mmg mak nya pun excited..