My Hero Kechik - Ilham Syamil

Check In Hospital Akhirnya

Akhirnya terpaksa akur dengan arahan doktor dari Polyclinic My Family bila mana nafas Syamil masih laju walaupun lepas pengambilan nebulizer.

Mula-mula ke Hospital Columbia, sekali tak ada bilik yang kosong. Terus kami ke Gleneagles Medini Hospital ni. The Ilhams punya bersorak macam Ummi nak bawa tidur kat Legoland Hotel haha. 

Sejak malam tadi dah start pengambilan nebulizer 4 jam sekali. Harap-harap Syamil cepat sembuh ya dik. Risau betul Ummi tengok nafas dia laju dari biasa. Doktor kira dalam 40 kali dia bernafas dalam seminit. Masa nak masuk drip dengar suara dia meraung lagi la berjurai air mata Ummi ni. Nak tengok neb gaya redho tengoklah gaya Syamil hahaha.

Sedih tak tengok budak sorang tu ha. Mula-mula plan Abang Ilham nak tumpang rumah Nenek sebab Mommy Ngah pun kat sana. Sekali dia bagi ayat acah-acah syahdu.

“Ilham nak dengan Ummi.. Ilham kan anak Ummi.. Ilham bukan anak Mommy”

Maka Ummi pun rasa syahdu lalu menyuruh Babah bawakan baju Ilham sekali dan benarkan dia stay kat sini. Dia dah bagi ayat sedih, dia top up ayat buat Ummi nak gelak.

“Wahhhh.. bestnya hotel ni Ummi.. tak lama Ilham nak tidur hotel”

Ini bukan hotel nak oiii. Ini hospital. Cantik sangat agaknya hospital ni sampai dikatanya hotel. Padahal sini pun bilik dah full, jadinya kami tersadai 4 beranak di isolation room, single bedroom nampak ala-ala hotel gitu. Adoii nasib Ummi dengan Babah je dengar kalau nurse dengar memang tersembur isi perut.

Sebenarnya esok Ummi Babah dah janji nak bawa The Ilhams mandi laut. Nak bercanda di pasiran pantai 4 beranak. Tapi Allah sebaik-baik perancang, adik tak sihat dan kita terpaksa check in di hospital je. So weekend ni kita enjoy kat hospital ya. 

Kawan-kawan Ummi, tolong doakan Muhammad Ilham Syamil sihat seperti sediakala ya. Semoga Allah membalas jasa baik korang mendokan hero paling kecil Ummi. Syamil kuat! Insha Allah.

Share this nice post:

Comments

comments

6 thoughts on “Check In Hospital Akhirnya

  1. hehehe..memang anak-anak kami pun cakap hospital hotel kat situ…semoga Syamil diberikan kesembuhan segera..amin

  2. Semoga lekas sembuh… biasalah budak kecik, apa yang terkeluar dr mulut ikhlas daripada hati mereka, budah x pandai berbohong.. tentu special betul wad hospital tu kan… akak GH je le yang mampu.. uwaaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *