Lepak-lepak Di Restoran Kacang Pool Haji, Larkin

Geng Makan

Cerita Sabtu dua minggu lepas ekekeke. Mak ko busy nak, banyak pending entri ni hoi.

Dua-dua budak kecil ni kena paksa teman Ummi melepak di Restoran Kacang Pool Haji, Larkin bersama Aunty Eqa dan Aunty Noni.

Sebenarnya nak salah satu tujuannya sambil nak bagi pes asam pedas, tapi mak terlupa nak bagi hahaha.

Ummi nak bergambar bertiga makcik-makcik tu dia sibuk dengki. Geram! hahaha.

Oleh kerana cuaca panas berdenting, Ummi rasa teringin nak minum cendol hehe. Nak makan ABC special tak ada pulak. Cendol special pun tak ada. Minum je la cendol biasa. Rasanya biasa-biasa je tak terlalu power hehe.

Walaupun dah kenyang tapi nak juga kunyah-kunyah.. ngonyel-ngonyel gitu. Jadi tak nak makan berat, Ummi orderlah roti bakar kongsi dengan Noni. Nak order kacang pool macam tak ada mood nak makan kacang pool ekeke. Boleh gitu. Lepas lepak kejap, chit chat sikit kami pun balik la lagi pun Syamil dan syok tidur atas bahu, Abang Ilham pun dah tunjuk macam-macam aksi. Sebelum Ummi bertukar hijau baik kita pulang kepangkal jalan.

Korang yang datang ke Johor, pastikan korang singgah ke Restoran Kacang Pool Haji ni tau. Kacang pool dia sedap, serius weh. Tak percaya cubalah. Kiranya ni one of the favourite makan place in JB la. Try tau!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!