DDHN – Minum Petang Dengan Cekodok Pisang

Dari Dapur Hernee Nazir

 

Idea menu minum petang. Ummi terlebih rajin hari Sabtu buat Cekodok Pisang aka Jemput-jemput Pisang. Ummi punya Cekodok Pisang memang ringkas je, ikut style arwah mak. Memang tak ada bubuh serbuk penaik bagai. Kami punya cekodok comel-comel gitu kurang rasa tepung lebih kepada rasa pisang. Nyums!

RESEPI CEKODOK PISANG/ JEMPUT-JEMPUT PISANG

Bahan-bahan:

5 biji pisang
2 senduk tepung gandum (adjust mengikut kelikatan adunan)
1/2 sudu gula pasir
Minyak masak

Cara-cara memasak:

Lecek pisang sehingga lumat menggunakan permukaan bawah gelas. Masukkan 1/2 sudu gula pasir. Kemudian masukkan sesenduk tepung gandum. Tambah tepung sekiranya adunan terlalu lembik. Adjust mengikut kesesuaian. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga warna perang kecoklatan. Angkat dan hidangkan.

Bolehlah cuba kalau korang tak pernah cuba cara ni. Sebabnya kalau yang biasa jual kat warung ke apa tu dorang banyak kepada tepung dan ada yang bubuh serbuk penaik. Yang versi ni memang kaya dengan rasa pisang hehehe. Selamat mencuba!

Related Posts

3 thoughts on “DDHN – Minum Petang Dengan Cekodok Pisang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!