Menu hari ni sempena menyambut tetamu dari kampung. Ummi ambil cuti sebab ada majlis pertunangan Acu Nuar. Diorang semua lepak kat rumah kami. Menu yang ala kadar.
Sambal Udang.
Asam Pedas Ikan Siakap.
Sayur kobis goreng dengan sotong REX.
Ayam Goreng Tepung Bestari.
Telur Dadar, Sambal Belacan dan Ulam Timun Jepun.
Fuhhh.. dari pagi Ummi dah bersilat di dapur rasa macam ada tempahan katering hahaha. Berangan sangat tu. Alhamdulillah itu je yang termampu dimasak untuk tetamu.
Sarapa pagi kami pula simple je.
Hangatkan baki mee goreng malam tadi.
Goreng donut frozen yang Ummi beli tu. Donut bebudak ni memang tak bergula. Stok donut pun dah nak menyusut. Kena top up lagi kuih favourite The Ilhams ni.
Itu je lah menu isi perut kami hari ni. Malam kami repeat je saki baki lauk yang ada.
Seronok tgk menu Tu mcm2 ada..
hehehe..nak menjamu tetamu punya pasal..
assalamualaikum hernee…wow! nak dtg rumah hernee la…tengok menu dia mengancam…
** Mama Maszull